Berita Harian

Kami layak menang: Marcote

- Oleh Izzali Ismail

Alor Setar: Ketua jurulatih Kedah, Ramon Marcote meluahkan rasa kagum dengan semangat juang pemainnya ketika merakam kemenangan sulung di laman sendiri biarpun Negeri Sembilan mengheret permainan hingga ke masa tambahan dalam saingan Piala FA, kelmarin.

Kedah mara ke pusingan ketiga selepas menang 1-0, menerusi jaringan kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-119 selepas kedudukan terikat tanpa jaringan sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

“Kemenangan yang dramatik, namun saya bangga dengan semangat kental anak buah saya yang turun dengan aksi 200 peratus dan bekerja keras memburu gol hingga ke minit terakhir tambahan masa.

“Kita turun dengan menguasai perlawanan keseluruha­n 120 minit, tetapi inilah bola sepak, apabila terpaksa mencari gol sepanjang perlawanan dan mereka pula bermain 11 orang secara bertahan tanpa memberi ruang dalam kawasan pertahanan.

Keyakinan tinggi

“Kadang-kala bola sepak ini adil dan kadang-kadang tak adil, tetapi malam ini kita dapat lihat ia adil kerana pemain kita berjaya mengawal permainan, bermain baik dan menunjukka­n tahap keyakinan tinggi,” katanya.

Marcote bagaimanap­un tetap menghormat­i skuad bimbingan jurulatih berpengala­man, Azraai Khor yang jelas mempertaha­nkan kubu mereka daripada dibolosi Kedah hingga mengheret permainan ke masa tambahan.

“Mereka bermain secara bertahan dengan baik dan dengan jurulatih baharu, mereka berjuang habishabis­an mengelak daripada dibolosi sambil mencari peluang untuk melakukan serangan balas ke gawang Kedah.

“Satu perlawanan yang dramatik, namun saya bangga dengan kerja keras semua pemain yang memburu gol hingga ke hujung perlawanan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia