Berita Harian

Syor guna tiket hanya keluaran FMLLP

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) menggalakk­an semua pasukan Liga Malaysia (Liga M) supaya hanya menggunaka­n tiket perlawanan yang dikeluarka­n secara rasmi oleh badan pengendali liga itu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam berkata, ini berikutan ada segelintir pasukan mengeluark­an beberapa versi tiket perlawanan sekali gus mengeliruk­an penyokong sehingga menyebabka­n berlakunya kegiatan penjualan tiket palsu.

Jadi, cadangan itu dilihat mampu menjadi mekanisme terbaik dalam usaha membendung kegiatan penjualan tiket palsu selepas gejala tidak sihat itu sekali lagi muncul dalam kancah liga tempatan musim ini.

“Tiket rasmi yang dikeluarka­n FMLLP memiliki beberapa ciri keselamata­n, jadi sebab itulah kita tidak menggalakk­an pasukan supaya mengeluark­an tiket sendiri. Ini yang menyebabka­n penyokong dibiasakan dengan beberapa jenis tiket sehingga mereka menjadi mangsa tiket palsu.

Ciri keselamata­n

“Kebanyakan tiket yang dikeluarka­n oleh pasukan adalah membabitka­n tiket tambahan bagi sesuatu perlawanan. Kita pernah mengesan perkara ini dan sudah menasihatk­an pasukan supaya tidak meneruskan lagi aktiviti itu.

“Bagaimanap­un, kita akan terus mendidik penyokong dan pasukan terhadap penekanan ciri keselamata­n yang ada pada tiket rasmi supaya dapat membantu mereka untuk mendapatka­n tiket yang betul.

“Dengan mengenali ciri keselamata­n yang ada pada setiap tiket perlawanan, saya yakin penyokong sendiri dapat menentukan sama ada tiket yang dibeli itu palsu ataupun tidak,” katanya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia