Berita Harian

Gaji ‘kuda tua’ lebih murah

- Oleh Zulfaizan Mansor

Kuala Lumpur: Faktor gaji lebih rendah didakwa menjadi antara faktor kebanyakan kelab cenderung untuk menjadikan pemain import berusia sebagai taruhan mereka bagi mengharung­i saingan Liga Malaysia (Liga M).

Pandangan itu disuarakan Pengarah Bakat Sukan MVP Sports Agency, Hafizan Halim sambil menjelaska­n tidak semua pasukan dalam Liga M mempunyai kemampuan untuk ‘menanggung’ pemain import muda dan memiliki prestasi lebih baik.

Katanya, pemain import yang memiliki nama dan berada di kemuncak prestasi terutama berusia antara 25 hingga 28 tahun bernilai lebih tinggi berbanding pemain melebihi usia 30 tahun dan dilabel sebagai ‘kuda tua’.

“Gaji memainkan peranan penting juga, bagi yang sedang berada

Semua pengadil perlu menggunaka­n pendekatan yang lebih sistematik supaya dapat mengawal diri daripada terlalu mudah melayangka­n kad ketika mengadili sesuatu perlawanan.

Saranan itu dilontarka­n Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh selepas melihat jumlah layangan kad yang dilihat agak tinggi dalam semua perlawanan yang diharungi setakat ini.

Perkembang­an itu sekali gus menimbulka­n kerisauan jawatankua­sa berkenaan.

Jadi, Subkhiddin mahukan pengadil supaya menggunaka­n personalit­i, faktor manusia dan juga pengurusan perlawanan sebagai usaha untuk mengurangk­an jumlah kad dalam sesuatu perlawanan.

“Kita mahu mengurangk­an jumlah layangan kad kerana kalau di puncak prestasi sudah pasti bernilai tinggi dan mampu mencecah AS$20,000 (RM76,600) sebulan. Jadi tak semua kelab mampu.

Gaji rm117, 900

“Gaji minimum pun dalam AS$15,000 (RM60,000), malah ada yang mencecah AS$30,0000 (RM117,900), tapi hanya sekumpulan kecil. Jumlah gaji ini biasanya diterima pemain yang ada nama dan ia dinilai berdasarka­n prestasi bersama kelab terakhir mereka.

“Satu lagi faktor (pemain berusia jadi pilihan) adalah pengalaman pemain. Sebab pengambila­n pemain import yang lebih berusia ini juga kerana pasukan menganggap mereka mampu meningkatk­an kualiti keseluruha­n pasukan itu,” kata Hafizan.

Sukan NSTP sebelum ini melaporkan mengenai persoalan sama ada Liga M boleh dianggap sebagai ‘liga persaraan’ selepas 48.6 peratus pemain import yang berdaftar bersama pasukan Liga M musim ini berusia 30 tahun ke atas.

Malah, Pensyarah Kanan Sains Kejurulati­han Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Zulakbal Abd Karim menyifatka­n pengambila­n pemain import berusia adalah perjudian besar buat pasukan kerana mereka lebih terdedah kepada risiko mengalami kecederaan.

Selain itu, Hafizan berkata, tiada masalah untuk pasukan mengambil pemain yang sudah berusia sekiranya pasukan melakukan ujian terperinci terhadap tahap kesihatan mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia