Berita Harian

Yusri lega TRW makin positif

Raih dua kemenangan berturut-turut tapi belum capai tahap maksimum

- Oleh Attirmidzi­e Rahman

Pengendali sementara Kelantan, Yusri Che Lah mengakui pasukannya belum mencapai tahap maksimum sepanjang aksi perlawanan Liga Super dan Piala FA musim ini.

Walaupun pasukan itu sudah merakam dua kemenangan di bawah kendaliann­ya, jurulatih kelahiran Perlis itu tidak mahu pemainnya terus dibuai dengan kejayaan, sebaliknya menuntut mereka untuk terus berusaha dalam setiap perlawanan akan datang.

“Saya bersyukur selepas mendapat dua kemenangan dalam masa begitu singkat dan pujian harus diberikan kepada semua pemain kerana ini hasil kerja keras selama ini,” katanya selepas kemenangan 2-0 ke atas Terengganu City FC (TCFC), kelmarin.

“Namun, saya masih melihat kemenangan ini bukanlah suatu yang boleh kita terus raikan kerana pasukan masih lagi dalam peringkat perubahan.

“Jika dilihat pada persembaha­n pasukan, masih terdapat beberapa perkara yang perlu kita betulkan akan tetapi ia semakin menunjukka­n tanda positif dan saya percaya dalam tempoh satu atau dua bulan lagi kita dapat betulbetul keluarkan permainan yang memberangs­angkan.”

Banyak peluang

Dua jaringan dihasilkan Cassio Fransisco dan Shafiq Shaharudin sudah cukup untuk melayakkan Kelantan mara ke pusingan ketiga Piala FA.

“Memang banyak peluang yang dicipta tetapi mungkin gandingan Mohammad Ghaddar, Bruno Lopes Pengendali sementara Kelantan dan Ferdinand Sinaga belum membuahkan hasil.

“Kehadiran Badhri Radzi dalam kesebelasa­n utama pada dua perlawanan ini sebenarnya menambah keyakinan pasukan dan saya harap dia akan dapat terus mengekalka­n momentum positif seperti ini.

Sementara itu, pengendali TCFC, Md Noor Md Derus berkata dia tetap berpuas hati dengan usaha barisan pemainnya walaupun berakhir dengan kekalahan.

“Bagi saya apabila kita melakukan terbaik untuk pasukan, saya sudah berpuas hati...lawan kita adalah sebuah pasukan Liga Super yang ramai pemain pengalaman. Jadi saya tidak terlalu kecewa dengan keputusan terbabit.

“Apa yang penting pendedahan kepada setiap pemain dan saya beritahu mereka (pemain) bahawa apa yang dilakukan sudah terbaik kerana kita mencuba untuk atasi Kelantan daripada terus menjaringk­an gol,” katanya yang mengharapk­an pendedahan terbabit dapat digunakan sepanjang pasukan itu mengharung­i saingan Liga FAM musim ini.

 ??  ?? Cassio Fransisco meraikan gol pertama Kelantan bersama rakan sepasukan ketika bertemu TCFC di Stadium Sultan Mohd KE-IV.
Cassio Fransisco meraikan gol pertama Kelantan bersama rakan sepasukan ketika bertemu TCFC di Stadium Sultan Mohd KE-IV.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia