Berita Harian

Tok Gajah tetap hormat ATM

- Oleh Asrol Awang

Kuantan: Skuad Pahang tidak sesekali memperkeci­lkan kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan bertandang ke Stadium Darul Makmur, untuk aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang menegaskan, ATM memiliki rekod cemerlang dan pernah mengecap kejayaan dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana, jadi pemainnya perlu bekerja keras serta fokus sepanjang 90 minit perlawanan.

Pamer prestasi terbaik

“Saya nasihatkan pemain supaya mempamer prestasi terbaik dan tidak memperkeci­lkan kemampuan lawan yang mempunyai rekod cemerlang dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana beberapa musim lalu.

“Saya harap pemain bijak memanfaatk­an peluang yang ada untuk memastikan kejayaan melangkah ke pusingan ketiga saingan ini.

“Biarpun ATM tidak dibarisi pemain import, ia tidak bermakna memberi kelebihan kepada Pahang kerana keputusan boleh berubah jika tersilap langkah,” katanya yang tetap yakin ATM mampu memberi saingan hebat walaupun beraksi di Liga FAM musim ini.

Suffian turut mengharapk­an sokongan padu peminat skuad Tok Gajah dalam usaha memberi suntikan semangat kepada pemain.

“Tanpa sokongan peminat, Pahang tidak akan mencapai keputusan terbaik seperti yang pernah dipersemba­hkan dalam saingan Liga Super. Apabila penyokong datang memberi sokongan, ia sudah pasti menambah semangat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia