Berita Harian

Lagi hak, keistimewa­an Sarawak dikembalik­an

Ketua Menteri mahu buat pengumuman khas pada 6 Mac

- Oleh Harun Yahya

Sarawak berpotensi muncul se bagai ‘negeri magnet’ dalam menarik pelaburan asing, se kali gus menjadi koridor pelaburan terpenting bagi memastikan ekonomi negara sentiasa berada di landasan kukuh.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata negeri ini memiliki pelbagai keistimewa­an, termasuk kepelbagai­an sumber yang menawarkan iklim pelaburan kondusif.

“Di Sarawak, kita tawarkan kos operasi yang munasabah, malah lebih rendah berbanding tempat lain di negara ini yang mampu menarik minat pelaburan asing.

“Justeru, kita mampu menjadi ‘negeri magnet’, selain lokasi paling strategik untuk pelabur asing menjelang 2030, sekali gus membantu misi Sarawak untuk muncul sebagai negeri maju berpendapa­tan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Malam Perpaduan Persatuan Ketua Masyarakat Komuniti Cina Sibu di sini, kelmarin.

Yang hadir sama Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Dr Sim Kui Hian dan Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP,) Datuk Seri Wong Soon Koh.

Pengumuman khas

Abang Johari yang juga Menteri Pembanguna­n Ekonomi dan Sumber Asli Sarawak berkata, keyakinan itu turut disumbangk­an oleh kejayaan proses perundinga­n hak dan keistimewa­an negeri bersama Kerajaan Pusat.

Malah, katanya, satu pengumuman khas akan dilakukan beliau, 6 Mac ini, berhubung hak dan keistimewa­an negeri yang dikembalik­an oleh Kerajaan Pusat.

Bagaimanap­un, beliau enggan mendedahka­n butiran pengumu- man itu, namun menyatakan ia pasti memberi banyak manfaat kepada kemajuan negeri dan sosioekono­mi ‘Anak Sarawak’.

“Tunggu 6 Mac nanti, kita akan umumkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini memberi jaminan bahawa semua hak dan keistimewa­an Sarawak, yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembaga­an Malaysia akan dikembalik­an. Kita akan mengumumka­n hak apa yang akan diserahkan kembali itu nanti,” katanya.

Perkukuh ekonomi negeri

Beliau menegaskan kerajaan negeri berani menuntut kembali hak dan keistimewa­an Sarawak kerana hanya ‘Anak Sarawak’ yang boleh menentukan hala tuju masa depan Sarawak.

“Sarawak masih perlu melakukan banyak pembanguna­n strategik bagi mengukuhka­n ekonomi negeri. Kini, kerajaan negeri sudah berjaya menarik berbilion-bilion ringgit pelaburan dari luar negara bagi membantu merancakka­n pelbagai industri di negeri ini,” katanya.

Namun, pembanguna­n infrastruk­tur asas seperti bekalan elektrik, air, jalan raya dan fasiliti internet masih perlu dibangunka­n secara menyeluruh di seluruh negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia