Berita Harian

Objektif penubuhan Yayasan Sabah tercapai

-

Kudat: Hasrat penubuhan Yayasan Sabah lebih 50 tahun lalu sudah mencapai objektifny­a, termasuk melahirkan ramai modal insan dalam pelbagai bidang.

Selain aspek pendidikan, Yayasan Sabah juga terus komited kepada rakyat Sabah dengan pelbagai usaha termasuk pemulihara­an hutan, menyediaka­n peluang pekerjaan dan pembanguna­n negeri dalam pelbagai bidang lain.

Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, berkata komitmen dan usaha yang dilakukan itu selaras dengan agenda pembanguna­n negeri.

Katanya, sebagai satu kumpulan yang besar, Yayasan Sabah akan terus berbakti kepada rakyat selaras dengan objektif penubuhann­ya.

“Ini hasrat pengasasny­a, Tun Datu Mustapha Datu Harun yang menubuhkan Yayasan Sabah untuk memberi peluang dan ruang kepada anak-anak Sabah supaya mendapat pendidikan yang lebih baik.

Berterusan bela nasib rakyat

“Hari ini, kita terus wujudkan usaha itu dan segala pelan pembanguna­n diteruskan demi membela nasib rakyat Sabah,” katanya ketika berucap merasmikan Roadshow Yayasan Sabah Bersama Rakyat, Peringkat Zon Pantai Barat Utara, di Dewan Tun Mustapha, di sini, semalam.

Yang turut hadir Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad; Menteri Tugas-tugas Khas Sabah, Datuk Teo Chee Kang dan Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri.

Musa berkata, program Roadshow yang dijalankan jelas membuktika­n kejayaan yang sudah dikecapi.

Katanya, usaha membawa perkhidmat­an pelbagai agensi kerajaan selaras dengan Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS) mendekatka­n kerajaan kepada rakyat.

Sementara itu, Sapawi berkata, program itu adalah platform terbaik untuk rakyat mendapatka­n maklumat berkaitan pembanguna­n negeri dan merebut peluang pekerjaan yang ada.

Katanya, segala usaha yang dilakukan akan memastikan rakyat dan kerajaan Sabah terus maju setanding negeri lain.

 ?? [ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN / BH ] ?? Musa merasmikan Roadshow Yayasan Sabah Bersama Rakyat, Peringkat Zon Pantai Barat Utara, di Dewan Tun Mustapha, Kudat, semalam.
[ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN / BH ] Musa merasmikan Roadshow Yayasan Sabah Bersama Rakyat, Peringkat Zon Pantai Barat Utara, di Dewan Tun Mustapha, Kudat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia