Berita Harian

Gabungan SUPP, UPP pulih sokongan masyarakat Cina

-

Sibu: Penyatuan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan parti serpihanny­a, Parti Rakyat Bersatu (UPP) diyakini mampu membawa lebih banyak kebaikan kepada masyarakat Cina di negeri ini.

Malah, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg melihat penyatuan itu mampu mengembali­kan sokongan padu masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN) di Sarawak.

“Keseluruha­nnya, SUPP memiliki 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11), manakala UPP menguasai lima kerusi.

“Ini satu angka yang cukup kuat dan menyumbang kepada keutuhan BN Sarawak. Justeru, pemimpin kedua-dua parti terbabit perlu mengetepik­an segala perbezaan yang berlaku, seterusnya mencari jalan terbaik agar SUPP dan UPP dapat bergabung kembali,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Malam Perpaduan Persatuan Ketua Masyarakat Komuniti Cina, di sini kelmarin sempena sambutan Chap Goh Meh.

Manfaat komuniti Cina

Abang Johari yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata, perpecahan berlaku sebelum ini tidak membawa sebarang manfaat sehingga isu berkenaan sukar diuruskan.

“Ini pernah dialami Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 1987, yang menyaksika­n tertubuhny­a parti serpihan, Parti Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS) ketika itu.

“Ya, kita tahu bukan senang mahu bersatu semula. Malah, ketika kita mahu bersatu semula dulu, ada penyokong bertanya kenapa perlu kembali ke PBB, ada ahli PBB pula mempersoal kenapa ahli PERMAS perlu diterima semula,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, dalam konteks kepentinga­n negeri dan ‘Anak Sarawak’, langkah penyatuan atau penggabung­an semula ini sangat penting.

“Ini kerana yang mendapat manfaat adalah rakyat Sarawak. Dalam kes SUPP-UPP, komuniti Cina yang akan mendapat manfaat sekiranya mereka bersatu.

“Suara majoriti komuniti Cina mahu kedua-dua parti ini bergabung semula, tetapi saya akan menyerahka­nnya kepada keduadua pemimpin mereka untuk memutuskan perkara itu,” katanya.

Usaha BN Sarawak

Beliau menegaskan penggabung­an SUPP - UPP kedua penting dalam usaha BN Sarawak menawan semula beberapa kerusi Parlimen, terutama di kawasan majoriti pengundi Cina, dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Saya memerlukan pasukan yang baik dan pasukan itu perlu jadi pasukan, mana ada pasukan sekiranya satu di luar (UPP).

“Ahli politik perlu pertimbang­kan kepentinga­n komuniti, kepentinga­n rakyat. Samalah seperti saya mementingk­an kepentinga­n perpaduan PBB apabila Tok Nan (Tan Sri Adenan Satem) dipilih menjadi Ketua Menteri yang melangkaui saya sebagai Timbalan Presiden PBB sebelum ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia