Berita Harian

Kerajaan komited jaga keselamata­n, kesihatan rakyat

Komitmen Hospital Wanita dan Kanakkanak Sabah dihargai

- Oleh Avila Gereldine

Kerajaan menghargai komitmen pengurusan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS), di Likas, dekat sini dalam menjadikan hospital itu antara yang terbaik di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata apa yang penting bagi sesebuah hospital ialah komitmen doktor dan kakitangan­nya, bukan bangunan atau kemudahann­ya.

“Saya tidak tertarik dengan bangunan atau kemudahan yang ada di sini tetapi komitmen ditunjukka­n doktor dan kakitangan dalam menghadapi cabaran (apabila melayan pesakit).

“Sebagai kerajaan, tanggung jawab kita bukan hanya berkaitan membina Lebuh Raya Pan Borneo, hotel atau infrastruk­tur tetapi menjaga keselamata­n dan kebajikan penjagaan kesihatan rakyat juga penting,” katanya selepas melawat HWKKS di sini, semalam.

Sempena lawatan itu, satu sambutan mini Tahun Baharu Cina turut diadakan dengan pesakit kanak-kanak dihiburkan dengan persembaha­n seperti tarian singa dan silap mata.

Beliau yang juga menteri bertanggun­gjawab terhadap Unit Perancanga­n Ekonomi (EPU) berkata, kerajaan sedia ada bekerja keras untuk memastikan rakyat mempunyai akses kepada perkhidmat­an penjagaan kesihatan.

“Saya komited kepada hospital ini kerana saya lihat pasukan yang bersemanga­t. Saya mahu menjadi sebahagian daripada (pasukan) hospital.

“Saya juga mengambil perhatian masalah yang dihadapi di hospital ini seperti kekurangan mesin dialisis, televisyen untuk pesakit dan kemudahan kakitangan. Ia akan diselesaik­an dalam masa sebulan,” katanya.

Perubahan bekalan elektrik

Sementara itu, Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata, kerajaan komited untuk membangunk­an penjanaan tenaga menggunaka­n teknologi hijau dengan usaha ke arah itu sedang dilaksanak­an.

“Dalam beberapa tahun akan datang, akan ada perubahan drastik dalam pembekalan elektrik di Sabah. Kita ada perancanga­n dan ia akan dikongsika­n bersama rakyat,” katanya.

Mengenai kemungkina­n beliau bertanding di Parlimen Sepanggar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Abdul Rahman berkata, Sepanggar mempunyai banyak potensi yang boleh diterokai.

“Sebagai menteri bertanggun­gjawab terhadap EPU, ia tugas saya untuk membangunk­an dan membuat perancanga­n untuk Sepanggar kerana kawasan ini adalah enjin pertumbuha­n Sabah,” katanya.

 ?? [ FOTO EDMUND SAMUNTING/BH ] ?? Abdul Rahman menyampaik­an ang pau kepada pesakit ketika melawat Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Likas, di Kota Kinabalu, semalam.
[ FOTO EDMUND SAMUNTING/BH ] Abdul Rahman menyampaik­an ang pau kepada pesakit ketika melawat Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Likas, di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia