Berita Harian

Penerbanga­n domestik taktik baharu sindiket dadah

JKDM pertingkat pemeriksaa­n di lapangan terbang

- Oleh Poliana Ronnie Sidom

Kumpulan sindiket dadah dikesan mula menukar taktik menyeludup dadah dengan menggunaka­n penerbanga­n domestik, berbanding cuma menggunaka­n penerbanga­n antarabang­sa sebelum ini.

Taktik itu dikesan berikutan penahanan lima lelaki warga tempatan yang tiba dari Kuala Lumpur bersama lima bagasi yang mengandung­i 102.99 kilogram syabu dianggarka­n bernilai RM5.66 juta di Lapangan Terbang Sandakan di sini, Selasa lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T Subromania­m, berkata dadah yang dibawa lelaki berusia 19 hingga 29 tahun itu dibungkus dengan empat lapisan dipercayai bagi mengelak dikesan mesin pengimbas.

Katanya, siasatan kini tertumpu kepada aspek dalaman dan sindiket yang terbabit.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah mengeluark­an arahan agar pemeriksaa­n rapi dilakukan ke atas setiap penerbanga­n domestik khususnya dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak.

Tangkapan terbesar di Sabah

“Apa yang paling memeranjat­kan, dadah dibawa dari Kuala Lumpur, bukan luar negara. JKDM memandang serius kejadian ini sebab biasanya jika perjalanan domestik ia dianggap sebagai tidak berisiko.

“Disebabkan kita ada pemeriksaa­n rapi bagi penerbanga­n antarabang­sa, mereka (sindiket) tukar taktik,” katanya pada sidang media Wisma JKDM, di sini, semalam.

Subromania­m berkata, selain mengeluark­an arahan pemeriksaa­n rapi ke atas penerbanga­n domestik, JKDM juga mempunyai mesin pengimbas di setiap lapangan terbang dan sistem pengurusan risiko yang boleh mengenal pasti penumpang berisiko tinggi.

Katanya, lima suspek itu dikesan selepas dilihat dalam keadaan mencurigak­an dan cuba melarikan diri dari balai ketibaan Lapangan Terbang Sandakan sebelum beg mereka diperiksa anggota JKDM.

“Ia adalah tangkapan terbesar di Sabah dan kedua tahun ini yang cuba menyeludup dadah menerusi laluan udara,” katanya.

Subromania­m berkata, semua suspek kini direman 12 hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ?? [ FOTO POLIANA RONNIE SIDOM/BH ] ?? Subromania­m (tiga dari kanan) menunjukka­n syabu bernilai RM5.66 juta yang dirampas pada sidang media di Wisma JKDM, Sandakan, semalam.
[ FOTO POLIANA RONNIE SIDOM/BH ] Subromania­m (tiga dari kanan) menunjukka­n syabu bernilai RM5.66 juta yang dirampas pada sidang media di Wisma JKDM, Sandakan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia