Berita Harian

Dua remaja maut nahas

-

Bintulu: Dua remaja perempuan maut selepas motosikal dinaiki hilang kawalan sebelum bertembung sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dari arah bertentang­an di Jalan Kemunting di sini, semalam.

Dalam kejadian pada jam 6 pagi itu, kedua-dua mati di tempat kejadian berikutan kecederaan parah di bahagian kepala selepas rempuhan kuat menyebabka­n mangsa terpelanti­ng.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak, Superitend­an Alexson Naga Chabu, berkata penunggang motosikal, Farliorina Ija Ngalon, 17, dan pembonceng, Ivory Usun Jau, 16, maut dipercayai gagal memotong kenderaan di hadapan dan tidak sempat mengelak 4WD dari laluan bertentang­an.

Masuk laluan bertentang­an

“Pemandu 4WD terbabit yang nampak motosikal itu di hadapan laluannya bagaimanap­un tidak sempat membrek lalu merempuh kedua-dua mangsa sehingga mereka tercampak beberapa meter.

“Pemandu kenderaan 4WD tidak mengalami kecederaan, manakala dua mangsa meninggal dunia serta-merta akibat impak kuat ketika terhempas selepas pertembung­an berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Difahamkan, pemandu 4WD bergerak dari arah Sekolah Menengah Kebangsaan Baharu Bintulu sebelum bertembung dengan motosikal dinaiki kedua-dua mangsa.

Jelasnya, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang masuk ke laluan bertentang­an hingga menyebabka­n berlakunya kejadian itu.

Alexson ketika mengulas lanjut berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

 ?? [ FOTO ERIKA GEORGE/BH ] ?? Orang ramai menutup mayat mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Kemunting, Bintulu, semalam.
[ FOTO ERIKA GEORGE/BH ] Orang ramai menutup mayat mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Kemunting, Bintulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia