Berita Harian

Pemuda rentung dalam tandas

Dua rumah di Kampung Bau terbakar awal pagi

- Oleh Ekhwan Haque Nurul Haque

Seorang lelaki rentung dalam kebakaran yang memusnahka­n dua rumah di Jalan Wind Cave, Kampung Bau, di sini awal pagi semalam.

Voon Kim Kee, 38, ditemui rentung dalam tandas rumah berkenaan, dipercayai cuba mencari jalan keluar ketika kebakaran berlaku pada jam 2.40 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, ber kata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada jiran mangsa pada jam 2.51 pagi memaklumka­n kejadian.

Bertindak atas maklumat itu, dua jentera bersama sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau dikejarkan ke lokasi kejadian.

7 penghuni selamat

“Keseluruha­nnya, dua rumah terbabit dalam kejadian membabitka­n lapan penghuni, dengan sebuah daripadany­a musnah sepenuhnya.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut menemui mangsa tertiarap di dalam tandas rumah berkenaan,” katanya.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Bau untuk bedah siasat.

“Tujuh lagi penghuni tidak cedera kerana sempat menyelamat­kan diri, namun masih dalam keadaan trauma.

Anggota bomba cedera

Dalam kejadian sama, seorang anggota bomba, Waslie Kontil Ambi cedera ringan selepas dihempap konkrit ketika menjalanka­n operasi.

Katanya, pegawai terbabit kemudian dikejarkan ke Hospital Bau untuk rawatan dan dibenarkan pulang selepas dirawat.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

 ?? [ FOTO IHSAN BOMBA ] ??
[ FOTO IHSAN BOMBA ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia