Berita Harian

Anggota bomba cedera tak serik laksana tugas

-

Bau: “Ketika kejadian saya hanya terfikir untuk segera keluar daripada sisa runtuhan dinding konkrit kerana suhunya yang tinggi lebih memberi risiko kecederaan lebih parah,” luah Waslie Kontil Ambi, 28.

Waslie adalah anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau yang cedera selepas dihempap dinding konkrit rumah yang terbakar di Jalan Wind Cave, Kampung Bau, di sini, awal pagi semalam.

Menyorot kejadian itu, Waslie berkata, beliau bersama 11 lagi rakan sekerjanya dalam usaha untuk memadamkan kebakaran yang membabitka­n dua rumah sebelum dia diminta untuk mengawal api di bahagian belakang.

Menurutnya, ketika sedang menyembur air ke kawasan yang terbakar, tiba-tiba dinding konkrit menghempap belakang badannya sehingga dia tertiarap.

“Dinding konkrit berkenaan runtuh dipercayai kerana suhu panas akibat kebakaran. Rakan sekerja yang melihat kejadian kemudian segera memecahkan simen dinding bagi mengeluark­an saya daripada sisa runtuhan.

“Mujur tong gas alat pernafasan yang digunakan dalam operasi, selain pakaian perlindung­an menyelamat­kan saya daripada mendapat kecederaan yang serius,” katanya kepada NSTP, semalam.

Waslie berkata, kejadian itu adalah pengalaman pertama sepanjang lapan tahun bergelar anggota bomba terbabit dalam pelbagai ope- rasi kebakaran.

Katanya, walaupun berdepan dengan kejadian itu, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat untuk kembali bertugas selepas kecederaan yang dialami pulih sepenuhnya.

Saya berterima kasih kepada rakan sekerja yang bertungkus­lumus menyelamat­kan saya dan bersyukur apabila doktor mengesahka­n tulang belakang tidak cedera selepas imbasan x-ray dijalankan di Hospital Bau pagi tadi (semalam).

Sebagai anggota bomba, kami sememangny­a dilatih bersedia berdepan dengan sebarang risiko yang boleh mengundang bahaya kepada nyawa, namun kami tetap bersemanga­t memberi khidmat terbaik kepada masyarakat,” katanya.

 ?? [ FOTO IHSAN BOMBA ] ?? Waslie mendapatka­n rawatan selepas cedera ketika memadamkan kebakaran di Kampung Bau, semalam.
[ FOTO IHSAN BOMBA ] Waslie mendapatka­n rawatan selepas cedera ketika memadamkan kebakaran di Kampung Bau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia