Berita Harian

PM arah jualan murah setiap kawasan Parlimen

BN patut diberi mandat besar demi kepentinga­n rakyat

- Oleh Rosli Zakaria dan Hanneeyzah Bariah Baharin bhnews@bh.com.my

Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama pembeli serta peniaga Program Jualan Sentuhan Rakyat sempena Ekspo Terengganu 2018 di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja kerajaan yang menepati janji, tetapi juga penyelesai masalah rakyat.

Beliau berkata, ia sama sekali berbeza dengan pembangkan­g yang hanya tahu menabur fitnah, menyebar berita palsu dan mengapi-apikan rakyat.

“Pembangkan­g hanya tahu cakap kosong saja, tetapi gagal dalam memberi penyelesai­an terhadap isu masalah rakyat yang mereka bangkitkan.

“Berbeza dengan kerajaan BN, misalnya jika dilontarka­n isu kos sara hidup, jawapannya ada di Ekspo Terengganu 2018 dengan Jualan Sentuhan Rakyat, yang menawarkan barang keperluan seperti daging, ikan, minyak masak, gula dan Milo umpamanya, yang dijual pada harga murah.

“Kita tidak akan hentikan setakat di jualan ekspo ini saja, tetapi saya sudah arahkan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) supaya teruskan sekurang-kurangnya dua kali sebulan di setiap kawasan Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Ekspo Terengganu 2018 di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, di sini, semalam, dengan lebih 50,000 hadirin.

Yang turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik dan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Najib berkata, kerajaan BN juga menyelesai­kan masalah rakyat terutama di kawasan luar bandar yang terhimpit dengan kos pengangkut­an teksi, selain bantuan dana untuk nelayan, petani, imam, bilal dan ketua kampung.

Katanya, rakyat patut memberi BN mandat lebih besar kerana banyak projek untuk kepentinga­n rakyat sedang dijalankan, antaranya Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), yang akan menawarkan sehingga 30,000 peluang pekerjaan.

Komited turun kadar kemiskinan

Selain itu, Najib berkata, Terengganu adalah satu contoh negeri yang komited dalam menurunkan kadar kemiskinan tegar.

“Masalah miskin tegar ini sudah sifar di Kemaman dan selepas ini daerah lain pula. Siapa kata (Terengganu) ini negeri bankrap, teruk di bawah BN, itu semua tipu, mengarut, melalut. Sebagai kerajaan, kita sentiasa mahu berikan perubahan dan ia memerlukan hubungan baik antara kerajaan Pusat dan negeri. Kedua-duanya mesti diterajui BN.

“Untuk mencapai semuanya bukan datang sekelip mata atau datang bergolek, tetapi kita kena rancang dan laksanakan dengan kemampuan kita dan letakkan orang yang betul di tempat yang betul,” katanya.

Pada majlis itu, Najib turut memberi markah tertinggi kepada Kerajaan Negeri Terengganu atas kejayaan Ekspo Terengganu 2018, yang mencatatka­n lebih 500,000 pengunjung.

Katanya, jumlah pengunjung yang di luar jangkaan, kandungan paparan yang dipersemba­hkan kepada rakyat serta kejayaan ekspo itu menyuntik ransangan dan inspirasi, melayakkan kerajaan Terengganu selaku penganjur diberi markah tertinggi.

Beliau mengakui berasa teruja dan bersemanga­t melihat kejayaan Ekspo Terengganu yang mendapat sambutan luar biasa, dengan menyaksika­n 45 peratus daripada keseluruha­n lebih 1.25 juta rakyat Terengganu melawat ekspo berkenaan.

Pembangkan­g hanya tahu cakap kosong saja, tetapi gagal dalam memberi penyelesai­an terhadap isu masalah rakyat yang mereka bangkitkan” Najib Razak, Perdana Menteri

 ??  ??
 ?? [FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK/BH] di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, semalam. ?? Najib bersama Ahmad Razif pada majlis perasmian penutup Ekspo Terengganu 2018
[FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK/BH] di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, semalam. Najib bersama Ahmad Razif pada majlis perasmian penutup Ekspo Terengganu 2018

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia