Berita Harian

Saya masih rindukan papa

-

Kuala Lumpur: “Saya masih rindukan papa.”

Biarpun sekelumit, sisa harapan yang masih ada terus menjadi pegangan anak sulung pramugara pesawat Malaysia Airlines MH370, Iman Mohd Hazrin Hasnan, saat perihal mengenai bapanya diajukan pemberita.

Walaupun selepas hampir empat tahun insiden berkenaan berlaku, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu menjelaska­n tidak pernah meninggalk­an rutin harian menatap potret bapanya setiap kali pulang dari sekolah.

“Balik dari sekolah, mesti tengok gambar papa. Saya rindu sangat dekat papa,” katanya kepada media ketika menghadiri Majlis Memperinga­ti Pesawat MH370 tahun keempat di sini, semalam.

Ibunya, Intan Maizura Othman, 37, yang turut menghadiri majlis yang berlangsun­g selama dua jam itu menyifatka­n hidup mereka sekeluarga perlu diteruskan, meskipun insiden berkenaan kini memasuki tahun keempat tanpa sebarang pengakhira­n.

Masih mengharapk­an berita gembira, Intan bagaimanap­un berkata, Islam menitipkan ajaran kepada umatnya supaya tidak meratapi pemergian insan tersayang terlalu lama.

“Pada mulanya, ia sangat sukar. Bertahun lamanya dan sampai sekarang, saya masih berdoa untuk diberikan jawapan (mengenai kehilangan MH370).

Tidak putus asa

“Saya tidak akan putus asa, sebaliknya kehidupan perlu diteruskan dan Alhamdulil­lah, kami tiga beranak kini baik-baik saja.

“Selepas insiden itu, Iman sukar menerima kenyataan mengenai bapanya. Masa mengubati lukanya dan sekarang Iman mula memahami keadaan sebenar walaupun masih rindukan bapanya,” katanya.

Majlis bertemakan It’s not history, it’s the future (Ia bukan sejarah, ia masa depan) itu turut dihadiri waris mangsa dari India dan China yang mengambil kesempatan menzahirka­n penghormat­an, selain berkongsi kerinduan terhadap insan tersayang bersama hadirin.

Jiang Hui, 44, waris mangsa dari Beijing, China, menyifatka­n kehadirann­ya pada majlis berkenaan mewakili seluruh keluarga lain dari republik itu yang terkesan dengan insiden kehilangan pesawat MH370.

 ??  ??
 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] ?? Iman Mohd Hazrin melukis pada Majlis Memperinga­ti Pesawat MH370 tahun keempat, di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] Iman Mohd Hazrin melukis pada Majlis Memperinga­ti Pesawat MH370 tahun keempat, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia