Berita Harian

SKSD cipta sejarah selepas 28 tahun

-

Mersing:

Penantian selama 28 tahun SK Sawah Datuk (SKSD) untuk mengunggul­i Kejohanan Sepak Takraw antara regu Bawah 12, Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Mersing, berakhir selepas menewaskan SK Bandar Mersing (SKBM) 2111 dan 2117.

Pada peringkat separuh akhir, SKSD menewaskan SK Tenglu (SKT) tiga set 2321,1421 dan 2115, manakala juara tahun lalu SK Teluk Lipat (SKTL) tewas mengejut kepada SKBM dengan dua set berturuttu­rut 2119 dan 2118.

Jurulatih SKSD, Encik Mohd Bakhtiar Basir, berkata kali terakhir sekolah berkenaan muncul juara kejohanan itu ialah pada tahun 1990.

Beliau berkata, pada perlawanan akhir itu, anak buahnya tidak berdepan masalah menundukka­n SKBM kerana pasukannya mempunyai kekuatan fizikal dan mental.

Menang selesa

“Dengan mudah kami menang set pertama 2111 dan pada set kedua SKBM cuba merapatkan jurang, bagaimanap­un kami menang 2117.

“Sebelum ini, pasukan kami sentiasa menjadi belasahan kepada pasukan di Zon Endau dan selepas menanti begitu lama akhirnya SKSD muncul juara,” katanya.

Kejohanan yang berlangsun­g di Dewan Datuk Mior, Pusat Air Tawar, SKTL, Endau itu menerima penyertaan menggalakk­an apabila 24 regu dari sekolah rendah seluruh daerah terbabit menyertain­ya.

Sementara itu, Pengerusi Teknik Sepak Takraw Sekolah Rendah, MSSD Mersing, Encik Mohd Azran Jusoh, berkata pada tahun ini, Zon Bandar Mersing memonopoli kejohanan itu apabila tiga regu zon itu layak ke separuh akhir.

Katanya, tiga pasukan itu ialah SKSD, SKBM dan SKT adalah dari Zon Bandar, manakala Zon Endau hanya mempunyai satu wakil iaitu SKTL.

“Kejohanan ini dianjurkan bagi memilih pemain yang akan mewakili MSSD Mersing ke Kejohanan Sepak Takraw B12 ke kejohanan yang sama di peringkat Majlis Sukan Sekolahsek­olah Johor,” katanya.

 ??  ?? Regu SKSD bersama-sama Encik Mohd Bakhtiar (tengah) dengan pingat yang dimenangi mereka.
Regu SKSD bersama-sama Encik Mohd Bakhtiar (tengah) dengan pingat yang dimenangi mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia