Berita Harian

Pelan fasa kedua kekal tangani karies gigi kanak-kanak

Kempen galak masyarakat ambil berat penjagaan mulut, jalani gaya hidup sihat

- Oleh Hidayah Mohammad

Pelan Kesihatan Pergigian Nasional kini memasuki fasa kedua untuk tempoh 2011 hingga 2020, dengan mengekalka­n objektif menangani karies gigi dalam kalangan kanakkanak berusia enam, 12 dan 16 tahun.

Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian), Kementeria­n Kesihatan, Datuk Dr Noor Aliyah Ismail, berkata kajian Kesihatan Pergigian Negara (NOHS) terhadap kanak-kanak peringkat TADIKA menunjukka­n tujuh daripada 10 responden berusia lima tahun masih mempunyai karies gigi.

Beliau berkata, dianggarka­n 64 peratus kanak-kanak pada umur berkenaan perlu menampak gigi disebabkan masalah itu.

“Data NOHS tahun lalu menunjukka­n hanya 68.3 peratus kanakkanak sekolah rendah mengekalka­n tahap kesihatan mulut di bawah sasaran ditetapkan iaitu 69.5 peratus,” katanya pada majlis pelancaran Kempen Get Mouth Fit sempena menyambut Bulan Kesihatan Mulut 2018 di sini, barubaru ini.

Teks Dr Noor Aliyah dibacakan Pengarah Bahagian Penjagaan Kesihatan Pergigian, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Nomah Taharim.

Kempen anjuran Colgate-palmolive, Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) dan Bahagian Kesihatan Pergigian dari KKM itu bertujuan menggalakk­an masyarakat mengambil berat soal penjagaan mulut dan gigi dengan menjalani gaya hidup sihat.

Yang turut hadir, Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, Dr Ng Woan Tyng; Pengurus Besar Colgate-palmolive Malaysia, Peter Torrington dan Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad, Salim Mydin.

Dr Noor Aliyah berkata, kajian NOHS pada 2010 terhadap orang dewasa mendapati, peratusann­ya membimbang­kan kerana sehingga 98 peratus golongan ini mengalami masalah kesihatan mulut, termasuk pereputan gigi.

Katanya, ini berikutan selain mengalami karies gigi, golongan ini berhadapan pelbagai masalah seperti ligamen periodonta­l.

Beliau berkata, kesannya mereka perlu menjalani rawatan prostesis dengan menggantik­an satu atau lebih gigi yang hilang antaranya disebabkan proses pereputan gigi.

“Gangguan kesihatan mulut ini menjejas rutin harian selain mengganggu aktiviti sosial. Kesan lebih buruk terhadap kanak-kanak hingga menjejaska­n waktu tidur dan merencatka­n proses tumbesaran,” katanya.

Amal gaya hidup sihat

Sementara itu, Dr Woan Tyng berkata, kesihatan mulut yang baik boleh diperoleh dengan amalan gaya hidup sihat.

Beliau menyaranka­n individu memberus gigi dengan sempurna, sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu sebelum dan selepas bangun tidur.

“Kesannya lebih baik jika menggunaka­n flos berfungsi mengeluark­an sisa makanan pada celah gigi. Kawal pengambila­n gula dalam makanan dan minuman. Amalan tidak sihat mempercepa­tkan proses pereputan gigi malah mengundang penyakit seperti kencing manis serta jantung.

“Jangan merokok dan mengambil minuman beralkohol. Merokok menyebabka­n penyakit gusi dan mulut berbau malah kesan nikotin tingkat risiko serangan barah mulut

 ?? [FOTO ROHANIS SHUKRI/BH] ?? (Dari kiri) Dr Woan Tyng bersama Dr Nomah, Fahrin dan Torrington serta Salim pada majlis pelancaran Kempen Get Mouth Fit sempena menyambut Bulan Kesihatan Mulut 2018 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO ROHANIS SHUKRI/BH] (Dari kiri) Dr Woan Tyng bersama Dr Nomah, Fahrin dan Torrington serta Salim pada majlis pelancaran Kempen Get Mouth Fit sempena menyambut Bulan Kesihatan Mulut 2018 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia