Berita Harian

Jokowi pilih kasut Bandung

Presiden Indonesia seru rakyat sokong, hargai produk tempatan

-

Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo mengunjung­i pameran Hari Sniker Jakarta di pusat beli-belah, Senayan City di Jakarta Tengah, kelmarin.

Menurut Ketua Biro Media Presiden, Bey Machmudin, kunjungan beliau ke pameran itu bertujuan meninjau perkembang­an terbaharu industri dan pasaran kasut tempatan.

“Saya sedang meninjau aliran semasa. Apa kehendak aliran pasaran ketika ini atau kasut apa yang menjadi aliran semasa,” kata Jokowi.

Walaupun pameran terbabit di dominasi oleh jenama antarabang­sa, tetapi Presiden Indonesia itu yakin kasut sniker buatan Indonesia adalah lebih baik dan mampu menembusi pasaran antarabang­sa.

“Ada antaranya (kasut sniker) dihasilkan secara buatan tangan, menyebabka­n butiran penghasila­n kasut itu sangat halus dan indah,” katanya.

Selain kualiti kasut, Jokowi berkata, kadar harga kasut sniker buatan Indonesia yang lebih berpatutan menjadikan ia memberi nilai tambah kepada produk berkenaan.

Aliran pasaran penting

“Aliran pasaran adalah penting, untuk melihat reka bentuk kasut yang popular.

“Selain itu, apakah warna yang menjadi pilihan pasaran ketika ini.

“Penggemar kasut sniker sanggup membayar jumlah harga yang tinggi, jika mereka berminat pada mana-mana rekaan,” kata Jokowi.

Produk berkualiti

Pada masa sama, beliau menyeru rakyat Indonesia supaya menyokong dan menghargai produk buatan tempatan.

Pada masa sama, Jokowi turut menunjukka­n sepasang kasut sniker berharga Rp 380,00 (RM108) yang dibeli pada pameran berkenaan.

“Kasut ini dihasilkan di Bandung dan sangat baik buatannya,” katanya.

Selain kasut sniker, rombongan Jokowi dan isterinya, Iriana yang disertai ahli keluarga lain turut membeli beberapa helai jaket.

 ?? [FOTO AGENSI] ?? Jokowi dan anak lelakinya, Gibran Rakabuming Raka (dua dari kiri) ketika mengunjung­i pameran Hari Sniker Jakarta di pusat beli-belah Senayan City, di Jakarta Tengah.
[FOTO AGENSI] Jokowi dan anak lelakinya, Gibran Rakabuming Raka (dua dari kiri) ketika mengunjung­i pameran Hari Sniker Jakarta di pusat beli-belah Senayan City, di Jakarta Tengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia