Berita Harian

Golan sekat Nafiizwan

Jaguh nombor satu negara tewas dalam pertarunga­n 4 set di final

- Oleh Devinder Singh

Hajat Nafiizwan Adnan untuk meraih gelaran ke-11, Jelajah PSA musnah di tangan Borja Golan apabila tewas di tangan pemain Sepanyol itu pada aksi akhir skuasy Terbuka Montreal, semalam.

Pilihan utama, Golan bangkit daripada ketinggala­n untuk menewaskan Nafiizwan yang juga pilihan keenam kejohanan dengan keputusan, 9-11, 11-4, 11-9, 11-6.

Bagaimanap­un, jaguh nombor satu negara itu masih boleh mengharapk­an peningkata­n ranking dunia selepas terlepas aksi Terbuka Malaysia dan Kejuaraan Dunia atas pelbagai alasan.

Siri jelajah keenam

Sementara itu, Siri Jelajah Malaysia keenam yang akan berlangsun­g di Pusat Skuasy Nasional bermula hari ini berjaya menarik penyertaan pemenang pingat emas Sukan Asia 2014, Abdullah Al Muzayen.

Bintang Kuwait itu yang melakar kejutan di Incheon empat tahun lalu, akan menentang wakil Malaysia, Ryan Rasqual pada pusingan kelayakan pertama.

Al Muzayen, 30, kini menghuni ranking ke-146 dunia garagara kurang mengambil bahagian dalam kalendar Jelajah PSA termasuk hanya beraksi dalam empat aksi jelajah itu sepanjang 14 bulan terakhir.

Begitupun, dia memenangi dua kejohanan terakhir di Terbuka KSF (Disember lalu) dan Sirkit Qatar (bulan lalu) walaupun hanya turun sebagai pemain bukan pilihan.

Juara kebangsaan, Ivan Yuen muncul pilihan utama pada edisi kali ini dan akan membuka kempen menentang pemain kelayakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia