Berita Harian

Dhaarma tagih kudrat Safiqah

-

Kuala Lumpur: Pengendali Malaysian Tigress, Dhaarma Raj Abdullah bersedia membuat keputusan mengejut memanggil semula pertahanan, Nurul Safiqah Mat Isa sebagai persediaan menghadapi temasya Sukan Komanwel Gold Coast, bulan depan.

Selepas diketepika­n daripada skuad hoki wanita kebangsaan hampir setahun, pemain berusia 23 tahun itu secara tibatiba berada dalam senarai 24 pemain yang akan kembali menyertai kem latihan negara, hari ini.

Malah, Safiqah yang kerap diturunkan sebagai pertahanan kanan PKS Uniten-kpt dalam saingan Liga Hoki Wanita Malaysia yang berakhir Sabtu lalu, muncul satu daripada dua pemain yang tidak berada dalam senarai 24 pemain pada kali terakhir skuad bimbingan Dhaarma berkumpul bulan lalu.

Selain Safiqah, Dhaarma turut menyenarai­kan semula rakan sepasukann­ya di PKS Uniten, Zafirah Aziz yang disisihkan selepas Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, Ogos lalu.

“Tiada banyak perubahan daripada senarai pemain sebelum ini kecuali dua pertukaran iaitu Safiqah dan Zafirah.

Kesungguha­n tinggi

“Kedua-dua mereka menunjukka­n peningkata­n dan kesungguha­n yang tinggi dalam saingan liga baru-baru ini.

“Saya berharap mereka akan menggunaka­n peluang kedua ini sebaik mungkin tetapi saya tidak pasti sama ada mereka akan disenaraik­an ke Sukan Komanwel melainkan mereka berjaya meyakinkan saya dalam latihan kali ini,” kata Dhaarma.

Kali terakhir Safiqah bersama skuad kebangsaan adalah ketika Malaysia menghadapi Jelajah Eropah April lalu bagi persiapan akhir berdepan kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Brussels, Belgium.

Dhaarma berkata, dengan keputusan itu memaksanya menggugurk­an dua pemain muda dari pasukan UITM, Dayang Nuramirah Abang Mahadini dan Putri Nur Batrisyia Noor Nawawi (Penang Juniors).

 ?? [ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH ] ?? Safiqah (kiri) diasak pemain Thailand ketika kejohanan Hoki Liga Dunia Wanita Pusingan Kedua 2017, awal tahun lalu.
[ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH ] Safiqah (kiri) diasak pemain Thailand ketika kejohanan Hoki Liga Dunia Wanita Pusingan Kedua 2017, awal tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia