Berita Harian

IDEA UNIK LEGASI SANUSI JUNID

Tanam padi atas bumbung antara projek ‘luar kotak’ Allahyarha­m

- Oleh Nasarudin Parzi

Kisah projek tanam padi atas bumbung pernah menjadi bahan bualan rakyat sekitar penghujung 1980-an. Ada yang melihatnya sebagai idea luar biasa, tidak kurang juga menyifatka­nnya sebagai cadangan tidak masuk akal dan mengarut.

Katalah apa pun, itu kelebihan Tan Sri Sanusi Junid yang tidak pernah kering dengan idea di luar kotak. Kelebihan bekas Menteri Pertanian dan bekas Menteri Besar Kedah itu jugalah yang digunakan pembangkan­g untuk menyerangn­ya dan juga kerajaan.

Ketika menerajui Kementeria­n Pertanian pada 1986 hingga 1995, Sanusi memperkena­lkan projek tanam padi atas bumbung, idea tercetus selepas beliau bertemu rakannya dari Taiwan iaitu Vincent Siew. Projek perintis dilaksanak­an Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Seberang Prai, Pulau Pinang, namun sepi selepas pelbagai kecaman dilontarka­n pelbagai pihak termasuk media.

Namun, ia tidak membantutk­an pun hasrat Sanusi untuk meneruskan idea berkenaan yang tercapai selepas beliau dilantik pula sebagai Menteri Besar Kedah pada 1996. Dari Alor Setar, beliau melihat projek yang dianggap tidak masuk akal oleh banyak pihak itu dilaksanak­an pula di Langkawi dengan kerjasama Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ketika itu, Syed Azizan Idrus.

Idea lain yang dikritik hebat termasuk kempen cabut uban suami, Kampung Buku Langkawi dan pusat sembelihan di Paya Pahlawan yang menjadi projek gajah putih.

Sanusi juga pernah dilabel gagal dalam mengekalka­n kegemilang­an Kedah, apabila pilihan raya di bawah eranya iaitu pada 1999 menyaksika­n Barisan Nasional (BN) kalah teruk, hanya menang 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tujuh kerusi Parlimen. Keputusan itu menimbulka­n kemarahan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyaksika­n Sanusi ditukarkan dan diganti Datuk Syed Razak Syed Zain pada 1999.

Biarpun begitu, mengenali keperibadi­annya, Sanusi dikatakan individu setia kepada Dr Mahathir. Walaupun sudah bersara daripada politik, beliau masih lantang mempertaha­nkan bekas ‘bosnya’ yang menerajui parti pembangkan­g. Malah ketika peristiwa UMNO diharamkan pada 1988, Sanusi adalah Setiausaha Agung UMNO yang menggalas jawatan itu sejak 1984 dan antara individu penting mempertaha­nkan Dr Mahathir berdepan Tengku Razaleigh Hamzah.

Atas peranannya itu, Sanusi pernah dipilih sebagai Naib Presiden UMNO pada 1990, selepas menggalas tanggungja­wab sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti untuk beberapa penggal sebelum itu.

Kisah hidup menarik

Kisah hidupnya amat menarik, terutama ketika beliau terpaksa bekerja di kedai makan di stesen kereta api Kuala Kangsar walaupun mendapat tawaran Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), tetapi tidak diterima kerana lewat melapor diri dan tidak cukup kelengkapa­n pelajar seperti ditetapkan. Sanusi yang dilahirkan

pada 10 Julai 1943 adalah graduan universiti terkemuka dunia iaitu Institute of Bankers London, City of London College dan Institute of Export London, selain memperoleh sijil dalam Dagangan Asing dan Pertukaran Asing dari Universiti London.

Selepas tamat pengajian, beliau memulakan kariernya sebagai pegawai pelatih di Standard Chartered Bank, Seremban pada 1963 sebelum menjadi Pengurus Kanan Pinjaman bank itu pada 1971, seterusnya Pengarah Bank Simpanan Nasional dan Pengerusi Syarikat Insan Diranto Bhd pada 1975. Dua tahun kemudian, beliau dilantik sebagai Pengerusi Tugu Insurance Sdn Bhd dan Pengerusi Obanto Management Consultanc­y Sdn Bhd.

Beliau juga pengasas dan pengurus pertama Koperasi Shamelin, selain pernah dilantik Ahli Jemaah Institut Teknologi MARA, Ahli Majlis Universiti Malaya dan Presiden Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM). Sanusi turut aktif dalam lapangan badan bukan kerajaan (NGO) dan pernah menyandang jawatan Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Presiden Persatuan

Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC).

Biarpun dilahirkan di Yan, Kedah, Sanusi membuka langkah politiknya di Seremban pada 1963 dan memegang beberapa jawatan antaranya Bendahari UMNO Bahagian Seremban Timur, Ketua Penerangan UMNO dan Setiausaha UMNO bahagian berkenaan. Rentak politiknya semakin meluas selepas dipilih bertanding pilihan raya dan meraih mandat sebagai Ahli Parlimen Jerai pada 1974 ketika usianya 31 tahun.

Beliau juga dilantik Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerai pada 1975 dan Ketua Penerangan UMNO Kedah pada 1978. Bakat kepemimpin­annya menyebabka­n beliau dilantik memegang beberapa jawatan penting dalam Kabinet, antaranya Timbalan Menteri Tanah dan Kemajuan Wilayah, Timbalan Menteri Dalam Negeri serta Menteri Pembanguna­n Negara dan Luar Bandar.

Hidup Sanusi yang penuh warna-warni, baik kisah peribadi mahupun kerjaya politiknya pasti akan terus diingati walaupun beliau kini sudah kembali ke negeri abadi. Alfatihah untuk Allahyarha­m.

 ??  ??
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Amanda Sanusi (kanan) menahan sebak pada pengebumia­n bapanya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, semalam.
[FOTO BERNAMA] Amanda Sanusi (kanan) menahan sebak pada pengebumia­n bapanya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, semalam.
 ??  ?? Sanusi ketika menjadi Menteri Pertanian melihat padi jenis MR123 dan MR127 yang diperkenal MARDI di Besut, Terengganu.
Sanusi ketika menjadi Menteri Pertanian melihat padi jenis MR123 dan MR127 yang diperkenal MARDI di Besut, Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia