Berita Harian

MANIFESTO PEMBANGKAN­G TIDAK REALISTIK

-

Kuala Lumpur: Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang ditabur menerusi ‘10 Janji 100 Hari’ bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak lebih daripada retorik yang akan menyusahka­n rakyat jika pembangkan­g mentadbir negara.

Menyifatka­nnya sebagai memberi harapan palsu kepada rakyat, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata tiada sentuhan segar dikemukaka­n pembangkan­g.

“PH berjanji menghapusk­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) enam peratus dan kembali kepada cukai jualan 10 peratus serta cukai perkhidmat­an enam peratus (SST) yang ternyata tidak telus dan efisien.

“GST kutip RM41 bilion manakala SST kutip RM17 bilion, justeru bagaimana PH mahu menampung kekurangan lebih RM20 bilion?” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, PH turut mengembali­kan subsidi petrol bersasar walaupun sebelum ini pernah berjanji untuk menurunkan harga kepada RM1.50 seliter untuk rakyat.

Bagaimanap­un, Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, BN terlebih dulu melaksanak­an subsidi bersasar dalam bentuk tunai terus kepada mereka yang memerlukan sejak 2012.

“Sama juga kes Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) apabila PH berjanji mahu hapuskan hutang perbadanan itu, namun sekarang mereka kata bila gaji kasar melebihi RM4,000 baru mula bayar.

Hasrat PH tubuh RCI dibidas

“Kerajaan sudah mengecuali­kan RM1.23 bilion bayaran balik untuk 41,706 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang iaitu ijazah kelas pertama,” katanya.

Abdul Rahman membidas hasrat PH menubuhkan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pelbagai perkara.

“Jangan lupa (Ketua Parlimen DAP) Lim Kit Siang dulu berkeras mahukan RCI untuk skandal forex Bank Negara tetapi apabila siasatan selesai, beliau tolak keputusann­ya.

“Sepatutnya PH tuntut RCI bagi projek terowong dasar laut di Pulau Pinang juga,” katanya.

Abdul Rahman turut mengingatk­an inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menubuhkan jawatankua­sa khas, malah memberi komitmen dalam mengembali­kan mana-mana hak Sabah dan Sarawak yang ‘terambil’ secara sengaja atau tidak dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Sehubungan itu, katanya, janji PH menubuhkan Jawatankua­sa Khas Kabinet untuk menyemak dan melaksanak­an Perjanjian Malaysia 1963 adalah amat tidak relevan.

Beliau berkata, Skim Peduli Sihat dengan had maksimum RM500 turut tidak relevan tiada had untuk rakyat mendapatka­n rawatan di hospital kerajaan.

“Tahun ini saja, kita membelanja­kan RM26.5 bilion dalam sektor kesihatan demi manfaat rakyat.

“PH juga mahu mengkaji semula projek mega yang dianugerah­kan kepada negara asing sedangkan kebanyakan bangunan pencakar langit kebanggaan negara hasil pembinaan syarikat luar.

“Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, LRT STAR dan PUTRA serta bangunan Dayabumi, syarikat tempatan mana yang membinanya?” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia