Berita Harian

28 WARGA BANGLADESH EJEN SEWA DITAHAN

Imigresen buat serbuan susulan pendedahan eksklusif BH

- Oleh Safeek Affendy Razali, Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Nasaruddin Parzi

̌

eramai 28 warga Bangladesh yang menjadi ejen dan menjalanka­n perniagaan sewaan rumah penginapan atau homestay mewah ditahan Jabatan Imigresen dalam operasi di Jalan Imbi, malam kelmarin.

Serbuan bermula pada jam 11.30 malam itu dilakukan Unit Quick Responds Team (QRT) Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa bersama Bahagian Operasi JIM Putrajaya susulan pendedahan eksklusif minggu lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata siasatan terhadap individu ditahan berkenaan membongkar kegiatan mereka menjalanka­n perniagaan penginapan tanpa memiliki kebenaran sah dan turut disyaki menggaji pekerja asing tanpa permit dan pas sah.

Beliau berkata, individu ditahan adalah warga Bangladesh yang disyaki bekerja sebagai ejen, pengurus syarikat dan rakan kongsi bagi perniagaan berkenaan.

5 syarikat dimiliki warga asing

“Pemeriksaa­n juga mendapati lima syarikat menjalanka­n perniagaan ini dimiliki warga asing, dipercayai mereka menyewa premis itu secara jangka panjang daripada pemilik sebenar.

“Setiap satu pengusaha mempunyai hampir 20 unit apartmen dan mengiklank­an tempat penginapan ini di media sosial serta laman web perhotelan dengan harga serendah RM150 hingga RM250,” katanya.

Mustafar berkata, hasil serbuan pihaknya merampas wang tunai RM29,000 dipercayai hasil sewaan apartmen berkenaan, kad akses dan pelbagai dokumen berkaitan sewaan apartmen dan residensi.

“Ketika pemeriksaa­n dalam pejabat dan beberapa unit kediaman, kami menemui kelengkapa­n servis bilik seperti tuala mandi, sabun, berus gigi serta troli beg yang lazimnya disediakan dalam setiap khidmat perhotelan.

“Selain itu, beberapa lelaki warga Bangladesh ini turut ditugaskan sebagai pengemas atau pencuci bilik sebelum dan selepas dimasuki pelanggan mereka,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI / BH ] ?? Antara warga Bangladesh ditahan dalam operasi imigresen di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, malam kelmarin.
[ FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI / BH ] Antara warga Bangladesh ditahan dalam operasi imigresen di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia