Berita Harian

AIR MATA NABILA UNTUK SIAPA?

Ikrar harungi susah dan senang, bersama depani cabaran

- Oleh Zaidi Mohamad

Umum barangkali melihat Hael Husaini meniti laluan mudah untuk mengecapi kejayaan. Bermula apabila lagu Jampi merajai carta di stesen radio tempatan, seterusnya mencetus fenomena dan diangkat sebagai Juara Lagu pada kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke32 (AJL 32).

Di sebalik pencapaian itu, hanya sebilangan kecil yang memahami getir langkah penyanyi berusia 30 tahun itu. Nabila Razali antara insan yang melihat jatuh bangun jejaka yang terlebih dulu mencari peluang menembusi industri muzik dengan menyertai program terbitan TV3, Mentor.

Pada Februari tahun lalu,

Hael mengorak langkah berani apabila mengambil keputusan untuk berkarya secara solo dan Jampi,

ciptaannya bersama Ezra Kong menjadi titik permulaan kepada penyanyi itu untuk melakar nama.

Bersama melewati susah dan senang, Nabila tidak mampu membendung air mata melihat sahabatnya itu dijulang pada malamkemun­cakajl32la­lu.

“Saya menangis kerana berbangga atas kejayaanny­a. Pencapaian Hael pada malam itu membuktika­n kerja kerasnya selama ini membuahkan hasil.

Kami bermula dari bawah, mencari peluang dengan menyertai AF 2013.

“Melihat dia menggengga­m apa

yang diimpikann­ya selama ini, saya tidak mampu menahan sebak.

“Lama Hael berjuang untuk berada pada tahap ini. Sebagai sahabat, tidak salah saya menitiskan air mata gembira.

“Ia berlaku spontan kerana saya sangat memahami bagaimana

Hael bekerja untuk berada pada tahap ini. Susah atau senang kami tetap akan bersama. Itu erti persahabat­an sejati,” katanya.

Tidak mahu cepat putus asa

Mengakui kagum dengan pencapaian teman seperjuang­annya itu, Nabila yang mencetus fenomena menerusi lagu Pematah Hati itu berkata, Hael sentiasa positif setiap perancanga­nnya dan banyak memberikan kata semangat.

Sejak menjejakka­n kaki di AF

2013, seterusnya bekerjasam­a di studio untuk Cemburu dan

Pematah Hati, Hael tidak pernah ragu dengan kemampuann­ya.

“Dia sangat penyabar dan tidak suka bercerita buruk mengenai orang lain. Setiap kali bertukar pandangan, Hael tidak lupa menyuntik kata semangat. Ketika bakat saya diragui, dia datang menawarkan Cemburu.

“Alhamdulil­lah, percubaan kami berhasil apabila single ketiga,

Pematah Hati gus meletakkan saya dalam posisi lebih selesa.

Sejak dari AF 2013, Hael selalu memberikan kata dorongan. Dia tidak mahu saya cepat putus asa.

“Jika ada sesuatu yang ingin saya lakukan, tetapi kurang yakin, Hael akan menjadi tempat rujukan. Sokonganny­a itu membuatkan saya enggan berpaling kebelakang­lagi.haeljugaak­an memastikan orang di sekeliling­nya selesa dan gembira,” katanya.

Bangga pencapaian sahabat

Diusik mengenai kemungkina­n jatuh hati dengan personalit­i yang dimiliki jejaka kelahiran ibu kota itu, Nabila berkata, dia hanya menganggap Hael sebagai teman seperjuang­an. “Tidak wujud istilah hubungan istimewa kerana kemesraan yang kami zahirkan itu berlandask­an persahabat­an. Tidak lebih daripada itu. Saya menangis apabila Hael diumumkan juara AJL 32 tempoh hari kerana terlalu gembira.

“Mengenang liku perjalanan­nya, saya jadi sebak.

Banyak perkara yang kami kongsi bersama dan pasti, apabila dia mencapai kejayaan, sudah tentu saya berbangga. Terasa segala pengorbana­nnya selama ini terbayar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia