Berita Harian

Sabah terus maju bawah BN: Najib

Kerajaan prihatin berjaya bawa pelbagai pembanguna­n, kemajuan

- Oleh Siti Salmiah A Hamid

Datuk Seri Najib Razak mengingatk­an rakyat Sabah agar terus meletakkan kepercayaa­n kepada kepemimpin­an beliau dan Barisan Nasional (BN) kerana parti itu berjaya membuktika­n kemampuan memajukan negara.

Perdana Menteri berkata, beliau ingin melihat Sabah menjadi sebuah negeri yang seimbang dengan Semenanjun­g tanpa mengira kaum dan suku kaum.

Beliau menyifatka­n, usaha membantu Sabah juga tidak dilakukan seorang bekas pemimpin, meskipun mentadbir negara selama 22 tahun.

Kembalikan hak

“Justeru, dalam Bajet 2018, beberapa perkara diberi perhatian antaranya peruntukan RM1 bilion untuk sekolah daif. Saya secara konsisten buat perkara, yang Perdana Menteri 22 tahun itu tidak buat.

“Sebagai Perdana Menteri, saya ingin mengembali­kan hak kepada rakyat Sabah. Jadi rakyat Sabah tak payah pandang kepada orang lain, pandanglah kepada saya, Najib Razak boleh beri kembalikan hak kepada rakyat Sabah,” katanya menerusi entri terbaru akaun Facebookny­a, semalam.

Menerusi entri itu, Perdana Menteri memuat naik rakaman video memaparkan hasil lawatannya bersama pemimpin tempatan menemui rakyat Sabah di seluruh negeri itu.

Peruntukan lebih banyak

Dalam klip video itu, Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, dalam ucapannya, berkata peruntukan diterima negeri itu dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) di bawah kepemimpin­an Najib, adalah berjumlah RM7.6 bilion, berbanding RMK-8 di bawah seorang bekas Perdana Menteri, hanya menerima RM1.42 bilion.

Musa berkata, tambahan peruntukan itu dinikmati Sabah kerana kepemimpin­an Najib sedar dan mengetahui serta mengerti Sabah adalah negeri kedua terbesar, yang memerlukan peruntukan banyak untuk pembanguna­n luar bandar.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pula yang mewakili semua etnik di Sabah, merakamkan setinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada Najib yang membuktika­n negeri itu sentiasa dekat di hatinya.

“Kami percaya kepemimpin­an negara melakukan yang terbaik bagi memartabat­kan semua etnik di Sabah. Kami akan terus meletakkan harapan tinggi kepada kepemimpin­an negara yang ada sekarang ini,” katanya.

Sebagai Perdana Menteri, saya ingin mengembali­kan hak kepada rakyat Sabah. Jadi rakyat Sabah tak payah pandang kepada orang lain, pandanglah kepada saya, Najib Razak boleh beri kembalikan hak kepada rakyat Sabah” Najib Razak, Perdana Menteri

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Najib mahu rakyat Sabah terus memberi kepercayaa­n kepada Kerajaan BN membangun serta memajukan negeri yang seimbang dengan Semenanjun­g tanpa mengira kaum dan suku kaum. Najib bersama Musa serta ketua kumpulan etnik negeri pada majlis Makan Malam dan...
[FOTO BERNAMA] Najib mahu rakyat Sabah terus memberi kepercayaa­n kepada Kerajaan BN membangun serta memajukan negeri yang seimbang dengan Semenanjun­g tanpa mengira kaum dan suku kaum. Najib bersama Musa serta ketua kumpulan etnik negeri pada majlis Makan Malam dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia