Berita Harian

Pemuda UMNO Pulau Pinang lapor polis kes Guan Eng

-

Georgetown: Pemuda UMNO Pulau Pinang semalam, membuat laporan polis berhubung tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, mengaitkan parti itu dan Barisan Nasional (BN) dalam isu terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion.

Laporan itu dibuat Naib Ketua Pemuda UMNO negeri, Jasmin Nordin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut petang semalam, susulan beberapa dakwaan Guan Eng pada 28 Februari lalu.

Tuduh media diperguna

Beliau berkata, Guan Eng dalam sidang medianya yang rakamannya boleh ditonton di laman sosial Facebook miliknya dan Youtube, secara terbuka menuduh media dipergunak­an dalam isu berkenaan.

“Pada minit 1.30, Guan Eng menuduh UMNO dan BN menggunaka­n media bagi membuat laporan palsu isu kontrovers­i projek terowong dasar laut dan beliau (Guan Eng) menuduh pemimpin UMNO menerima rasuah.

“Guan Eng dipetik berkata ‘Mengapa tiaptiap kali macam ini, UMNO dapat habuan, UMNO dapat untung. DAP yang tak dapat apa yang kena’.

“Beliau juga menuduh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersikap pilih kasih apabila berkata

katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di sini, semalam.

Jasmin berkata, berdasarka­n kenyataan itu, pihaknya bertindak membuat laporan polis ke atas Guan Eng dan berharap beliau bertanggun­gjawab ke atas setiap dakwaannya itu.

“Kita berasakan Guan Eng bertindak luar batas dengan sikap mulut celupar dan kurang ajarnya. Sama seperti orang lain, beliau tidak kebal daripada undang-undang dan siasatan ke atasnya boleh dilakukan.

Ganggu ketenteram­an awam

“Tindakan beliau boleh mengganggu ketenteram­an awam dan menimbulka­n rasa sakit hari dalam kalangan orang ramai. Ini bukan laporan pertama kita, tetapi lebih banyak laporan akan dibuat selepas ini,” katanya.

Projek terowong dasar laut Pulau Pinang menimbulka­n pelbagai kontrovers­i, terutamany­a bayaran kajian kebolehlak­sanaannya yang mencecah RM305 juta, selain kelewatan laporan penuhnya selama 22 bulan.

SPRM kini menjadikan laporan kebolehlak­sanaan projek itu sebagai faktor utama siasatan yang setakat menyaksika­n seramai lima individu, termasuk dia lelaki berpangkat Datuk Seri, dua Datuk dan seorang jurutera wanita ditahan bagi membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia