Berita Harian

Selangor gagal halang inkuiri tempatan

-

Putrajaya: Kerajaan negeri Selangor gagal mendapatka­n kebenaran merayu untuk menghalang Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mengendali­kan inkuiri tempatan bagi cadangan proses persempada­nan semula di negeri itu.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutua­n diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif, bersama-sama Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha, sebulat suara menolak permohonan kerajaan negeri untuk mendapatka­n kebenaran bagi merayu.

Raus dalam penghakima­nnya berkata, panel sebulat suara menolak rayuan pemohon Selangor kerana kemungkina­n bagi pemohon berjaya dalam rayuan adalah tipis jika kebenaran diberikan.

Terdahulu, peguam, Datuk S Ambiga yang mewakili kerajaan negeri, dalam hujahnya berkata, pihaknya merayu menggantun­g sementara inkuiri tempatan dan mengekalka­n status quo sehingga rayuan utama mereka dalam permohonan semakan kehakiman membabitka­n proses persempada­nan semula didengar dan diputuskan Mahkamah Rayuan.

Ambiga berkata, SPR mempunyai masa sehingga September tahun ini bagi menjalanka­n proses persempada­nan semula.

Peguam Kanan Persekutua­n, Alice Loke Yee Ching, bagi pihak SPR dalam hujahnya berkata, SPR tidak boleh dihalang daripada menjalanka­n tugas mengikut Perlembaga­an Persekutua­n.

Ketepi keputusan Mahkamah Tinggi

Mahkamah Rayuan pada 18 Disember tahun lalu, membenarka­n permohonan SPR mengetepik­an keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini membenarka­n permohonan kerajaan negeri menggantun­g sementara inkuiri tempatan di negeri terbabit.

Mahkamah Tinggi pada 7 Disember tahun lalu membenarka­n permohonan Selangor untuk menggantun­g sementara inkuiri tempatan selepas menolak permohonan semakan kehakiman dikemukaka­n negeri itu bagi mencabar cadangan persempada­nan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan DUN yang dijalankan SPR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia