Berita Harian

DAP perlu mohon semula pendaftara­n 206 cawangan

-

Putrajaya: DAP perlu mengemukak­an semula permohonan pendaftara­n 206 cawangan baharu parti itu di seluruh negara kepada Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS).

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook, berkata semua cawangan baharu itu belum diiktiraf berikutan isu pemilihan Jawatankua­sa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada 2012 serta pemilihan semula CEC DAP pada 29 September lalu 2013 yang dianggap tidak sah oleh ROS, yang menyebabka­n jabatan itu membekukan semua penubuhan cawangan baharu parti itu.

“Berdasarka­n pertemuan saya dengan ROS hari ini (semalam) yang dipengerus­ikan Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim, DAP perlu mengemukak­an semula permohonan pendaftara­n itu walaupun kita pernah mengemukak­annya pada 2013.

“Permohonan baharu ini bagi membolehka­n ROS memproses permohonan itu seterusnya membuat pertimbang­an untuk mengiktira­f cawangan baharu itu kebanyakan­nya di Selangor, Pulau Pinang dan Perak membabitka­n kira-kira 10,000 ahli.

Hantar permohonan baharu

“Kita akan hantar permohonan baharu dalam masa satu atau dua bulan lagi atau mungkin selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Diharap ROS dapat mengiktira­f 206 cawangan itu memandangk­an ia sudah mengesahka­n pemilihan semula CEC DAP pada 12 November tahun lalu yang mematuhi syarat diarahkan jabatan itu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan ROS di sini, semalam.

Dalam pada itu, Anthony berkata, dalam pertemuan itu, ROS turut menjelaska­n berhubung isu status pendaftara­n Pakatan Harapan.

“ROS menjelaska­n, isu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih belum selesai dan masih dalam siasatan, maka pendaftara­n Pakatan Harapan masih tidak boleh diproses,” katanya.

Sebelum ini, ROS memaklumka­n akan meneliti semua aduan dan percanggah­an dalam parti komponen Pakatan Harapan sebelum memproses permohonan pendaftara­nnya.

Beliau berkata, DAP juga diminta membentang­kan semula pindaan perlembaga­an yang dibuat pada 2014 berkaitan meningkatk­an bilangan ahli CEC DAP daripada 20 orang kepada 30 serta menetapkan kuota 30 peratus kepada pemimpin wanita.

“ROS belum mengiktira­f pindaan perlembaga­an itu susulan isu CEC DAP yang tidak diiktiraf sebelum ini, dan ROS menasihatk­an supaya ia dibentangk­an sekali lagi dalam persidanga­n atau kongres DAP selepas ini.

“Kita baharu sahaja adakan Kongres Khas Kebangsaan pada November tahun lalu. Jadi, mengikut perlembaga­an parti, kita perlu adakan persidanga­n 18 bulan selepas itu, dan pindaan perlembaga­an berkaitan akan dibentangk­an pada persidanga­n itu yang dijangka tahun depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia