Berita Harian

Markah E untuk Pulau Pinang

-

Georgetown: Kerajaan DAP Pulau Pinang diberikan markah E oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kumpulan Citizens Awareness Chant (CHANT) sempena genap 10 tahun mentadbir negeri ini, kelmarin.

Penasihat CHANT, Yan Lee, berkata selepas dua penggal berkuasa, kerajaan negeri kini diselubung­i isu ‘perjanjian meragukan’ membabitka­n kegiatan penarahan lereng bukit, penjualan tanah secara berleluasa dan masalah alam sekitar yang semakin meruncing.

Katanya, pentadbira­n Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sehingga kini masih gagal memberi penjelasan terperinci membabitka­n pelbagai isu yang menjejaska­n kehidupan rakyat.

“Mereka (kerajaan negeri) bermula baik apabila menjadi kerajaan berteraska­n rakyat bagi penduduk Pulau Pinang pada 2008, malah memperkena­lkan slogan ‘Cekap, Telus dan Amanah’ (CAT).

“Bagaimanap­un, selepas dua penggal, ramai mula hilang keyakinan kepada pentadbira­n negeri. Tiada lagi CAT dan perjanjian meragukan mula berlaku.

Markah A tiga tahun pertama

“Kerajaan negeri hanya mendapat markah A bagi tiga tahun pertama, sebelum markah B bagi tahun keempat dan C bagi tahun kelima. Bagi penggal kedua pula, markahnya adalah D bagi empat tahun pertama dan kini E,” katanya ketika dihubungi sini, semalam.

Pada sidang medianya terdahulu, Yan Lee menyenarai­kan isu yang gagal dijawab kerajaan negeri, walaupun didesak memberi penjelasan lanjut beberapa kali oleh pihaknya.

Contohnya, dalam isu penarahan lereng bukit, CHANT ingin mengetahui tindakan kerajaan negeri bagi melindungi kegiatan penarahan di kawasan Bukit Gambir, Paya Terubong, Mount Erskine dan lereng berdekatan Kelab Lumba Kuda.

“Kegiatan itu mengancam keselamata­n penduduk di sekitar kawasan berkenaan, terutama apabila musim hujan.

“Contohnya Bukit Gambir, pendaki memaklumka­n kepada saya ada hakisan besar sedang NSTP di berlaku. Jadi kita mahu tahu apa status kawasan itu sekarang,” katanya.

Pada 2013, kawasan seluas kira-kira 0.8 hektar di puncak Bukit Gambir dibersihka­n tanpa mendapat kebenaran Majlis Bandaraya Pulau Pinang menyebabka­n pemiliknya didenda.

Pemiliknya kemudian diarah melaksanak­an langkah mitigasi khas dicadangka­n kerajaan negeri, namun sehingga kini tiada kerja pemulihan dibuat, malah orang ramai yang menggunaka­n Jambatan Pulau Pinang dapat melihat kawasan dibotakkan itu.

Beliau turut mempersoal­kan status cadangan pembinaan hotel 200 bilik di Bukit Bendera, projek pembanguna­n Pulau Jerejak dan penswastaa­n Taman Botanikal Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia