Berita Harian

Pembangkan­g tiru program dilaksana BN

-

Kuala Lumpur: Manifesto pakatan pembangkan­g nampak idealistik tetapi hakikatnya meniru program dilaksanak­an kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ini terbukti melalui manifesto untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang sebelum ini diperjuang­kan untuk dihapuskan.

Setiausaha Agung Majlis Perundinga­n Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad, berkata manifesto itu memang direka untuk dilihat menarik.

Katanya, PH akan menggunaka­n kesempatan yang ada kerana itu kelebihan mereka sebagai pembangkan­g yang akan mengambil peluang untuk menarik perhatian pengundi.

“Jika mereka tidak mengambil kesempatan yang ada, mereka akan gagal dalam persaingan, sama ada ia satu yang realistik bukan isunya kerana bagi mereka apatah lagi aliran politik semasa ialah politik populis menjadi keutamaan.

Guna isu popular

“Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mentadbir negara, beliau tahu kesan pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan ia amat penting.

“Bukan sesuatu yang luar biasa untuk menggunaka­n isu popular dalam politik dan beliau perlu eksploitas­i perkara berkenaan.

“Jika mereka yakin menang PRU-14, pastinya mereka tidak akan mainkan isu GST. Isu BR1M menarik pengundi walaupun mereka pernah mempertika­ikannya.

“Ini semua juga isu populis, jika mereka hapuskan, pengundi yang akan menghapusk­an mereka.

“Samalah juga PTPTN. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, manifesto pembangkan­g pastinya berwajah idealistik, jika ia berwajah realistik maknanya mereka lupa yang mereka adalah pembangkan­g,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia