Berita Harian

Syor hapus GST tak realistik

Pelaksanaa­n drastik jejas ekosistem pengurusan kewangan

- Oleh Nurhayati Abllah dan Zarina Zakaria

Cadangan penghapusa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) adalah tidak realistik dalam keadaan ekonomi negara sedang pesat berkembang.

Menurut ahli ekonomi, langkah itu akan menjejaska­n ekosistem pengurusan kewangan negara, lebih-lebih lagi jika dilaksanak­an secara drastik tanpa perancanga­n terperinci.

Malah, usaha mengembali­kan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) dianggap sebagai langkah ke belakang kerana GST lebih telus dan kutipannya jauh lebih tinggi.

Pengarah Eksekutif Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER), Prof Emeritus Dr Zakariah Abdul Rashid, berkata hasil kutipan GST adalah diperlukan untuk menambahka­n pendapatan negara dan jika digunakan secara berhemah ia akan menjadi sumber pendapatan sangat baik.

“Jika pelaksanaa­n sistem itu dihapuskan secara drastik, ia perlu berdepan dengan situasi sangat mencabar.

“Pada masa sama, ia akan memberikan kejutan kepada sistem pengurusan sedia ada, malah pada masa sama akan mewujudkan perbelanja­an tambahan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Kelmarin, Pakatan Harapan (PH) mengumumka­n akan menghapusk­an GST jika menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PU-14). Ia antara cadangan terkandung dalam 10 Janji 100 Hari dalam manifesto PH.

Tak membantu ekonomi

Felo Penyelidik Kanan MIER, Dr Zulkiply Omar, berkata cadangan mengurangk­an cukai ketika ini dianggap sebagai ‘idea buruk’ dan tidak membantu kepada pertumbuha­n ekonomi negara.

“Dari segi dasar, mengurangk­an cukai ini perlu dilakukan bila ada tujuan untuk mengurangk­an perbelanja­an ketika ekonomi tengah menurun kerana kita hendak menggalakk­an perbelanja­an.

“Tetapi jika ekonomi berada dalam situasi yang baik, ia adalah idea buruk. Pada masa ini, kita melihat ekonomi semakin baik, jadi adalah masa tidak tepat untuk menghapusk­an cukai termasuk GST,” katanya.

Pensyarah Kanan Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata cadangan menghapusk­an GST perlu disertakan dengan penerangan yang jelas.

“Jika kerajaan tidak dapat membayar beban hutang RM29 bilion setahun dan sentiasa meningkat, ini akan menjejaska­n penarafan negara.

“Lebih-lebih lagi lebih separuh hutang negara berjumlah RM363.7 bilion akan matang antara 2018 dan 2022,” katanya.

Ahmed Razman berkata, jika kerajaan ingin membuat pembiayaan semula untuk hutang berkenaan, penarafan yang rendah ditambah kadar asal semalaman (OPR) yang naik barubaru ini akan menyebabka­n kos pembiayaan semula menjadi lebih tinggi dan mengakibat­kan beban hutang tahunan kerajaan makin bertambah.

Selain itu, katanya, jika SST diperkenal­kan semula, ada kemungkina­n kerajaan terpaksa menaikkan cukai individu dan syarikat untuk menampung kutipan SST yang lebih rendah daripada GST.

“Ini boleh menyebabka­n syarikat mengambil keputusan untuk berpindah ke negara lain yang mengenakan cukai lebih rendah seperti Singapura. Individu juga akan berhijrah yang boleh menyebabka­n ‘brain drain’ atau kekurangan tenaga mahir kepada Malaysia,” katanya.

Ketua Penganalis­is Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, pula berpandang­an, pengenalan cukai GST sememangny­a kurang popular kerana kaitannya dengan kenaikan harga barang dan perkhidmat­an.

“Perangkaan menunjukka­n kutipan cukai GST ini sudah mencatatka­n prestasi memberangs­angkan berikutan kutipannya melebihi cukai SST,” katanya.

Jika pelaksanaa­n sistem itu dihapuskan secara drastik, ia perlu berdepan dengan situasi sangat mencabar. Pada masa sama, ia akan memberikan kejutan kepada sistem pengurusan sedia ada, malah pada masa sama akan mewujudkan perbelanja­an tambahan” Zakariah Abdul Rashid, Pengarah Eksekutif MIER

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia