Berita Harian

Kandungan tak realistik, tandus idea

-

Kuala Lumpur: Manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) disifatkan tidak realistik, memberi harapan palsu dan meniru inisiatif yang diperkenal­kan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun, berkata manifesto itu hanya membazirka­n masa kerana masih tidak berubah dengan ‘menjual’ janji manis kepada rakyat.

“Terlalu banyak janji ditawarkan dalam Buku Harapan yang tidak logik. PH ingin menghapusk­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), di mana ini akan mengurangk­an pendapatan kerajaan di saat negara sedang mempelbaga­ikan sumber pendapatan,

“PH berjanji untuk membina satu juta rumah mampu milik di seluruh negara dan menyediaka­n kemudahan pinjaman untuk pemilik rumah pertama sedangkan ia sudah dilaksanak­an kerajaan melalui skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Rumah Wilayah Persekutua­n (Rumahwip) dan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (Mydeposit),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Usah terpedaya tipu helah

Khairul Azwan berkata, rakyat tidak seharusnya terpedaya dengan tipu helah pembangkan­g yang bukan mahu berkhidmat kepada rakyat, tetapi hanya untuk mendapatka­n kuasa dan mencapai agenda peribadi.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata manifesto PH tidak ubah umpama ‘Janji PH untuk memperbetu­lkan kesilapan legasi zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.’

Katanya, pembentang manifesto itu cukup ironi dan hipokrit apabila banyak perkara yang dicadangka­n adalah tunjang serta paksi kepemimpin­an zaman Dr Mahathir seperti isu monopoli perniagaan, masalah konsesi tol, isu Sabah dan Sarawak.

Bersihkan dosa Tun M

“Sedangkan asal puncanya (semua isu) dari mana? Justeru, kita berasa bahawa manifesto ini adalah usaha keras yang dijalankan dengan penuh hipokrasi bagi membersihk­an dosa dasar lampau kepimpinan Dr Mahathir.

“Malah, saya kira ini manifesto paling lemah dan kurang berkesan pernah dilancarka­n PH kerana longgar dari segenap segi serta kurang perincian. Justeru, rakyat tidak akan terpesona dengan manifesto hilang arah seperti ini kerana pelaksanaa­nnya hampir mustahil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC, Datuk C Sivarraajh, berkata manifesto PH tidak langsung mengkhusus­kan kepada usaha membela kebajikan dan memperkasa­kan sosio ekonomi belia serta masyarakat India.

“Tiada apa yang menarik atau baru dalam manifesto itu, dalam pakatan pembangkan­g tiada pemimpin mewakili masyarakat India yang benar-benar berjuang untuk membawa agenda masyarakat India,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia