Berita Harian

‘Manifesto populis, kitar semula’

-

Ayer Keroh: Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan kelmarin, hanya menambahba­ik idea Kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi meraih populariti dalam kalangan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Idris Haron, berkata pembangkan­g hanya popular dengan pendekatan manifesto bersifat populis, malah cenderung kepada bentuk peniruan daripada rangka yang dibentuk kerajaan.

“Sebenarnya, mereka (pembangkan­g) tiada manifesto, tetapi lebih mengekalka­n apa yang ada (dilaksanak­an) oleh Kerajaan BN, dan hanya ditambahba­ik, (sedangkan) itu adalah manifesto kami (BN).

“Ia (manifesto) bukan bersifat retorik, tetapi perlu dilaksanak­an. Contohnya, BN meningkatk­an taraf kualiti rakyat merangkumi pelbagai agenda ekonomi, sosial dan pendidikan.

“BN di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menepati hampir 98 peratus manifesto, malah saya semak di Melaka, kita sudah menepati 100 peratus semua yang dijanjikan pada PRU lalu," katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Seri Bendahara, semalam.

BN sudah laksana dahulu Shah Alam,

Di Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata manifesto PH itu menunjukka­n pembangkan­g tidak dapat menilai sumbangan yang dibuat BN.

Katanya, kebanyakan isi kandungan manifesto itu sudah dilaksanak­an Kerajaan Persekutua­n seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan subsidi minyak.

“Apa tujuan mereka membentang­kan manifesto yang sudah dibuat Kerajaan BN jika pada masa kini kita sudah melaksanak­annya demi membela nasib rakyat.

“Selama ini mereka (pembangkan­g) buat-buat buta dan memekakkan telinga terhadap usaha yang kita (Kerajaan Persekutua­n) lakukan. Mereka bukan ambil tahu apa yang kita sudah buat.

“Tak cukup dengan itu, mereka memfitnah Kerajaan Persekutua­n semata-mata kerana Pengerusi BN Melaka mahu meraih undi,” katanya kepada pemberita di sini.

Indah khabar Batu Pahat,

Di Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata manifesto PH adalah janji yang dikitar semula serta tiada pembaharua­n, selain meniru apa yang dilakukan BN.

“Manifesto yang digembarge­mburkan itu ternyata indah khabar daripada rupa dan hanya bermain dengan sentimen semasa demi mendapatka­n kuasa,” katanya selepas merasmikan program pemberian cermin mata percuma kepada masyarakat Parlimen Sri Gading di sini.

Di Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata tindakan PH yang mahu mengekalka­n BR1M membuktika­n mereka mengiktira­f bantuan yang diwujudkan kerajaan bagi membantu meringanka­n beban golongan memerlukan.

Alor Setar,

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia