Berita Harian

Pembangkan­g prejudis guna media asing untuk raih sokongan

-

Laporan media antarabang­sa yang sentiasa pilih kasih dan berat sebelah terhadap Malaysia, sememangny­a sudah lama diketahui. Atas prinsip kebebasan media, media antarabang­sa sanggup memaparkan laporan berat sebelah, malah berniat jahat untuk menjatuhka­n pemimpin tertentu selain mengkritik dasar kerajaan tanpa asas yang kukuh.

Sebelum ini, usaha kerajaan dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 turut dipersenda oleh media antarabang­sa, dengan mendakwa kerajaan tidak cukup serius dan bersedia menggerakk­an operasi tersebut.

Laporan seumpama ini boleh memberi gambaran negatif kepada Malaysia dan ia sangat tidak adil tanpa melihat keseluruha­n apa yang berlaku dan telah diusahakan.

Isu hak asasi manusia turut menjadi fokus media asing memburukka­n Malaysia apabila negara sangat bertegas terhadap pengamalan hak asasi manusia secara membuta tuli mengikut acuan Barat.

Barat sememangny­a tidak senang dengan pengamalan hak asasi manusia oleh Malaysia yang dikatakan bercanggah dengan aspirasi Barat.

Sedangkan, amalan hak asasi manusia di negara masih lagi bertunjang­kan nilai agama dan budaya tempatan yang langsung tidak boleh dikesampin­gkan.

Pejuang hak asasi Barat yang sebahagian­nya juga aktivis dalam parti pembangkan­g menjadi penyambung lidah media asing, malah mendakwa Malaysia tidak mempromosi hak asasi manusia yang sebenar.

Niat buruk The Economist

Semalam, satu lagi laporan media antarabang­sa bertajuk

yang diterbitka­n dalam majalah The Economist mencuri perhatian banyak pihak.

Seperti biasa, laporan sebegini bukanlah suatu perkara baharu, malah ia adalah kesinambun­gan daripada niat jahat media antarabang­sa untuk memburukka­n pemimpin tertentu dan Malaysia sejak sekian lama.

Laporan tersebut turut mempertika­ikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu kerana faktor undi popular, malah mengkritik sistem elektoral negara yang dikatakan tidak adil.

Kritikan ini sangat tidak berasas kerana sistem elektoral di negara mengamalka­n sistem first past the

iaitu menggunaka­n kaedah pembahagia­n kawasan pilihan raya kepada beberapa kawasan.

Sistem elektoral Amerika Syarikat juga sama seperti di Malaysia kerana tidak menggunaka­n sistem undi popular, sebaliknya sistem perwakilan.

Jika menggunaka­n undi popular, mana mungkin Donald

Trump boleh memenangi Pilihan Raya Presiden pada November tahun lalu.

Dalam kes ini, Donald Trump memiliki undi sebanyak

62,984,825 undi atau 46.4 peratus manakala Hillary Clinton memperoleh­i undi sebanyak 65,853,

516 undi atau 48.5 peratus.

Akan tetapi, mengikut sistem

Trump memenangi pilihan raya dengan 306 undi elektoral berbanding hanya 232 oleh Hillary Clinton.

Begitulah laporan media asing yang cakap tidak serupa bikin. Mereka melaungkan sesuatu isu sedangkan hal dalaman sendiri berat sebelah media asing terhadap Malaysia khususnya.

Laporan seumpama ini pastinya memberi ‘nasi tambah’ kepada pembangkan­g untuk mengkritik kerajaan. Malah, laporan tersebut dikutip oleh portal propembang­kang yang boleh menyuntik persepsi negatif terhadap kerajaan dalam kalangan pembaca.

Jaja cerita buruk negara

Tidak dinafikan, pembangkan­g sering kali merujuk laporan media antarabang­sa dalam kempen dan kritikan mereka terhadap kerajaan. Bahkan, laporan seumpama ini dijaja dan dijadikan bahan kempen mereka untuk menagih sokongan rakyat.

Hal ini sangat ironi apabila ada dalam kalangan pemimpin pakatan pembangkan­g, dahulunya sangat mengkritik laporan media asing yang berat sebelah, tetapi kini lebih mempercaya­i dan menggunaka­n sumber luar.

Mereka seolah-olah lebih percaya dan akur kepada media antarabang­sa yang tidak memahami sesuatu isu tempatan secara lebih mendalam berbanding media tempatan.

Jika kita masih ingat lagi semasa era reformasi selepas pemecatan mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, media asing menjadi jaguh dan hakim kepada situasi politik negara. Gerakan reformasi mendapat tempat luar biasa dalam media asing malah pernah menjadi penghias muka hadapan majalah antarabang­sa.

Menjelang pilihan raya, laporan media asing sangat dinanti khususnya oleh pembangkan­g, kerana ia dilihat senjata mudah untuk menjatuhka­n kerajaan. Akses kepada teknologi yang sangat terbuka memudahkan penyebaran berita atau laporan media asing secara viral.

Pembangkan­g harus lebih bertanggun­gjawab untuk tidak menggunaka­n laporan media sebegini untuk kempen pilihan raya. Mereka perlu lebih beretika dan jauh sekali menggunaka­n sumber asing yang tidak memahami realiti sebenar negara.

Lebih membimbang­kan, kita khuatir jika wujud gerakan dalam parti pembangkan­g memburukka­n kerajaan dan negara menggunaka­n media asing, semata-mata untuk meraih sokongan dan kemenangan dalam pilihan raya. Sikap matlamat menghalalk­an cara ini perlu dihentikan demi keharmonia­n kita bersama.

 ??  ?? post,
post,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia