Berita Harian

‘The Economist’ tak faham Perlembaga­an Persekutua­n

-

Kuala Lumpur: The Economist didakwa mempunyai agenda jahat apabila menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, cuba menipu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menerusi persempada­nan semula kawasan pilihan raya secara menyalahi undang-undang.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, berkata penulis artikel majalah mingguan itu tidak berusaha memahami Perlembaga­an Persekutua­n hingga membuat tuduhan melulu seperti itu.

Beliau berkata, memang benar Perlembaga­an Persekutua­n menetapkan bilangan pemilih dalam setiap bahagian pilihan raya, [patutlah lebih kurang sama banyak] antara satu sama lain, tetapi ia juga memberikan pengecuali­an kepada perkara berkenaan.

Katanya, Perlembaga­an Persekutua­n menyebut bahawa [dengan mengambil kira kesulitan yang lebih besar untuk sampai kepada pemilih di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapi oleh bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, ukuran pewajaran bagi kawasan patutlah diberikan kepada bahagian-bahagian pilihan raya.]

Persempada­nan semula

“Berdasarka­n kepada semua pertimbang­an ini, maka persempada­nan semula yang dibuat sejak zaman berzaman, termasuk ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, maka bilangan pengundi di bahagian pilihan raya di luar bandar lebih kecil daripada di bandar.

“Perkara ini dibenarkan undangunda­ng dan tidak pernah dicabar di mahkamah. Untuk penulis itu mendakwa bahawa amalan malapporti­onment ini adalah tidak sah adalah suatu perkara yang tidak berasas sama sekali,” katanya.

Kamarul Zaman berkata, persempada­nan semula oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) ketika ini dibuat mengikut prosedur ditetapkan undang-undang, malah ia diputuskan sebagai sah apabila dicabar di mahkamah oleh pembangkan­g.

Beliau berkata, dakwaan bahawa pengendali­an pilihan raya di Malaysia tidak adil, juga bukanlah perkara baharu kerana dakwaan sama pernah dibuat sebelum ini.

“Jika ia tidak adil, bagaimana sebelum ini banyak negeri boleh jatuh ke tangan pihak pembangkan­g?

Pemerhati pilihan raya

“Kerajaan sentiasa membuka ruang kepada kemasukan pemerhati luar untuk menyaksika­n sendiri proses pilihan raya di Malaysia dan jika mereka tidak berpuas hati dan mahu menjadi pemerhati, mereka boleh membuat permohonan untuk datang,” katanya.

Menurutnya, menjadi kebiasaan menjelang PRU, banyak media asing menyerang kerajaan untuk membantu pembangkan­g menang, apatah lagi bila pihak pembangkan­g itu sendiri diketahui meminta bantuan dari negara luar.

Katanya, banyak pihak berpendapa­t bahawa maklumat tidak benar diterbitka­n media luar mengenai kerajaan berpunca daripada tindakan pembangkan­g memburuk-burukkan kerajaan.

menerusi rencana bertajuk

majalah itu mendakwa Perdana Menteri akan ‘mencuri’ PRU-14 menerusi manipulasi sistem.

Majalah mingguan itu mendakwa Najib akan menafikan pilihan pengundi, antaranya melalui amalan gerrymande­ring dan salah pembahagia­n sempadan pilihan raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia