Berita Harian

PTPTN dana pendidikan terbesar dunia

Inisiatif Kementeria­n Pendidikan bantu lebih 2.8 juta rakyat Malaysia

- Oleh Haryani Ngah

Lebih 2.8 juta rakyat Malaysia mendapat manfaat dan bantuan menerusi penubuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak 20 tahun lalu.

PTPTN adalah satu daripada inisiatif Kementeria­n Pendidikan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika itu di bawah dasar pendemokra­sian pendidikan.

Ia membuka seluas-luasnya peluang kepada rakyat Malaysia melanjutka­n pengajian ke peringkat tinggi sama ada ke universiti awam, politeknik dan Institusi Pendidikan Swasta (IPTS) menerusi pinjaman yang diberikan PTPTN.

Dengan kelahiran ramai graduan berkualiti hari ini membuktika­n kewujudan PTPTN amat relevan kepada masyarakat kerana ia membantu mengurang kegusaran dan kerisauan ibu bapa dalam memastikan cita-cita anak mereka tercapai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata PTPTN dilihat sebuah organisasi dana tabung terbesar di dunia.

“Banyak negara yang datang ke Malaysia untuk melihat bagaimana tabung ini diuruskan secara profesiona­l.

“Tabung ini memberi peluang kepada 2.8 juta rakyat Malaysia melanjutka­n pelajaran ke pendidikan tinggi sekaligus memecahkan tempurung pemikiran sempit dan meledakkan sosial mobiliti yang menempiask­an kekangan untuk berada di status sosial lebih tinggi,” katanya pada Majlis Sambutan 20 Tahun PTPTN.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh; Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff.

Ahmad Zahid berkata, rekod PTPTN menunjukka­n ketika ini jumlah peminjam yang melaksanak­an tanggungja­wab mereka membayar pinjaman mencapai 81 peratus.

Penyediaan pinjaman

Katanya, beliau percaya ada banyak sebab hingga sebilangan peminjam gagal membayar pinjaman dan pelbagai usaha dilakukan PTPTN bagi mengutip bayaran balik untuk membolehka­n penyediaan pinjaman untuk pelajar baharu.

Untuk meneruskan usaha memberi dana kepada pelajar baharu, perkara paling penting adalah kutipan bayaran balik pinjaman dan PTPTN perlu dilihat dalam perspektif yang besar sebagaiman­a institusi kewangan lain.

Jumlah kutipan bayaran balik pinjaman meningkat dengan drastik pada 2015 apabila menerima RM1.45 bilion, diikuti RM3.43 bilion pada 2016.

Terkini pada 2017, PTPTN mencatat rekod baharu dalam sejarah pencapaian­nya apabila berjaya mengutip RM3.98 bilion bayaran pinjaman.

Prestasi bayaran balik pinjaman ini adalah hasil usaha keras PTPTN demi memastikan kepentinga­n generasi akan datang supaya terus mempunyai dana bagi tujuan pendidikan tinggi.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut melancar program Jobmatchin­gptptn iaitu satu usaha untuk membantu peminjam, khususnya kepada lebih 300,000 orang yang belum pernah membuat bayaran balik. Program ini dilaksanak­an dengan kerjasama Prestarian­g Systems Sdn Bhd.

PTPTN menyediaka­n peruntukan awal sebanyak RM20 juta untuk program Jobmatchin­gptptn ini.

Kenaikan jumlah pinjaman

PTPTN juga mengumumka­n kelulusan berhubung kenaikan jumlah pinjaman yang dibentangk­an Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Bajet 2018 untuk pelajar dari kelompok B40 dengan fokus kepada kursus berkeboleh­pasaran tinggi.

Sehingga 6 Mac lalu, kelulusan diberikan untuk Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBS) di semua IPTS daripada Timbalan Perdana Menteri

 ?? [FOTO ASWADI ALIAS/BH] ?? Ahmad Zahid bergambar bersama pemenang Cabutan WOW! SSPN1M pada Majlis Sambutan 20 Tahun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
[FOTO ASWADI ALIAS/BH] Ahmad Zahid bergambar bersama pemenang Cabutan WOW! SSPN1M pada Majlis Sambutan 20 Tahun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia