Berita Harian

NSTP perluas platform Myrumah

-

selepas Majlis Perasmian Pameran Hartanah My Rumah di Shah Eksekutif CJ Wow Shop, Kim Yang Hyun; Ketua Pegawai Komersial NSTP, Alfian Talib; Pengurus Besar Pengiklana­n NSTP, Jeannie Leong Lee Eu dan Pengurus Besar Agensi dan Pengiklana­n PKS NSTP, Roche Chew.

Abdul Jalil berkata, menerusi percetakan, NSTP menawarkan segmen atau sisipan hartanah dalam akhbar iaitu Hartanah (BH) dan Property Times (NST) selain HM yang turut menyiarkan artikel mengenai segmen berkenaan.

Lebih banyak manfaat

“Oleh itu, saya melihat lebih banyak manfaat daripada sisipan hartanah itu untuk menjadikan ekosistem hartanah kami menjadi lebih besar dan meluas.

“Menerusi produk sedia ada, kami berupaya mempromosi­kan lebih banyak aktiviti mengenai sektor hartanah yang bukan hanya membabitka­n kediaman tetapi juga segmen lain seperti kelengkapa­n rumah, hiasan dalaman, teknologi hijau, kitar semula dan tenaga boleh diperbahar­ui,” katanya.

Beliau berkata, syarikat ingin menjadikan acara ini sebagai platform pilihan untuk perundinga­n hartanah, yang mana pembeli rumah sedia ada dan bakal pembeli boleh datang mendapatka­n nasihat pakar daripada pemaju dan pakar hartanah.

“Sebagai platform ‘semua dalam satu’, pengguna akan mendapat pilihan lebih baik dan boleh membuat keputusan tepat untuk membeli dan memiliki rumah impian mereka, manakala pemaju boleh memaparkan produk, perkhidmat­an dan tawaran berkualiti,” katanya.

Penganjura­n tahun ketiga

Myrumah memasuki penganjura­n tahun ketiga, tahun ini dan ia diadakan selama tiga hari berakhir esok.

Ia sebahagian daripada inisiatif kumpulan Media Prima Bhd dan menyediaka­n platform untuk orang ramai terutama pembeli rumah pertama untuk membeli rumah impian mereka dengan harga yang berpatutan.

Selepas Shah Alam, siri penganjura­n seterusnya untuk tahun ini ialah Sungai Petani, Johor Bahru dan Melaka.

Empat pemaju hartanah tempatan yang mengambil bahagian ialah Sunsuria Bhd, Aset Kayamas Sdn Bhd, Magna Prima Bhd dan Sime Darby Property Bhd.

Pihak bukan pemaju yang turut serta ialah Amanahraya Berhad, Bank Muamalat, Takaful Ikhlas, CJ Wow Shop dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Antara penceramah dan pakar hartanah terkenal yang akan mengadakan perbincang­an sepanjang acara berkenaan adalah Ahyat Ishak, Datuk Nazri Mustafa, Akmal Nazim, Bella Leana, Amin Harith dan Amsyari Syakur dari Pejuang Hartanah.

 ??  ??
 ??  ?? Abdul Jalil (tengah) melawat tapak pameran Alam, semalam.
Abdul Jalil (tengah) melawat tapak pameran Alam, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? Amsyari memberi ceramah di Pameran Hartanah Myrumah.
Amsyari memberi ceramah di Pameran Hartanah Myrumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia