Berita Harian

Beli rumah pelaburan jangka panjang

-

Shah Alam: Pameran Hartanah Myrumah anjuran Kumpulan akhbar terbesar Malaysia, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) menjadi platform untuk orang ramai, terutama pembeli rumah pertama untuk membeli kediaman impian mereka dengan harga berpatutan.

Penganjura­n Pameran Hartanah Myrumah NSTP yang berlangsun­g di Pusat Beli Belah SACC, di sini, bermula semalam dan akan berakhir esok.

Pengunjung, Meriam Md Nor, 47, berkata pameran berkenaan bagus untuk orang ramai yang sedang merancang untuk membeli kediaman selain menambah pengetahua­n mengenai nilai semasa hartanah di negara ini.

“Saya suka berkunjung ke pameran seperti ini untuk melihat rumah atau hartanah yang dipamerkan dan jika ia bertepatan dengan bajet, saya akan beli.

“Bagi saya, membeli rumah adalah pelaburan jangka panjang yang bagus dan setiap orang perlu memiliki walaupun hanya sebuah rumah kerana nilainya sentiasa meningkat,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau yang menetap di Desa Alam, di sini memiliki kira-kira tujuh hartanah yang terdiri daripada pangsapuri, rumah teres dan ruang pejabat.

“Saya membeli rumah pertama iaitu sebuah pangsapuri di Seksyen 18 pada usia 23 tahun dan ketika itu nilainya kira-kira RM70,000. Kini nilai rumah berkenaan sudah meningkat berkali ganda,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Asri Nasri, 50, berkata, beliau berkunjung ke pameran itu untuk melihat harga semasa rumah.

Rancang beli rumah

“Saya memang ada perancanga­n untuk membeli rumah tetapi masih menyelidik harga rumah yang dipamerkan jika ia bersesuaia­n dengan bajet serta lokasi.

“Selain itu, saya juga hadir untuk mendengar sesi ceramah yang disampaika­n oleh pakar hartanah untuk menambah lebih pengetahua­n sebelum membeli rumah,” katanya.

Selepas Shah Alam, siri penganjura­n Pameran Hartanah Myrumah seterusnya di Sungai Petani, Johor Bahru dan Melaka.

Sebanyak empat pemaju hartanah tempatan mengambil bahagian terdiri daripada Sunsuria Bhd, Aset Kayamas Sdn Bhd, Magna Prima Bhd dan Sime Darby Property Bhd.

Pempamer bukan pemaju yang turut serta ialah Amanahraya Berhad, Bank Muamalat, Takaful Ikhlas, CJ Wow Shop dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Antara penceramah dan pakar hartanah terkenal yang akan mengadakan perbincang­an sepanjang acara berkenaan adalah Ahyat Ishak, Datuk Nazri Mustafa, Akmal Nazim, Bella Leana, Amin Harith dan Amsyari Syakur dari Pejuang Hartanah.

 ??  ??
 ??  ?? Orang ramai yang mengunjung­i Pameran Hartanah My Rumah di Shah Alam, semalam.
Orang ramai yang mengunjung­i Pameran Hartanah My Rumah di Shah Alam, semalam.
 ??  ?? Pengunjung diberi penerangan mengenai hartanah yang dipamerkan.
Pengunjung diberi penerangan mengenai hartanah yang dipamerkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia