Berita Harian

Yayasan Eco World bantu tiga sekolah

-

Jeram: Yayasan Eco World menghulurk­an sumbangan 250 set kerusi dan meja bernilai RM27,000 kepada 3 sekolah di Selangor dan Perak.

Pengerusin­ya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata pertubuhan itu percaya sumbangan pendidikan adalah pelaburan membawa pulangan kepada negara pada masa depan.

“Pendidikan baik mampu mengubah hidup seseorang menjadi lebih baik.

“Tiga sekolah yang terpilih menerima sumbangan adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Cung Wah, Jeram, Selangor (100 set), SJKC Tiong Hua Kok Bin, Klang (100) dan SJKC Yeong Seng Hutan Melintang, Perak (50),” katanya di sini, kelmarin.

Beliau berkata, perabot baharu sudah dihantar ke sekolah berkenaan ketika cuti sekolah Disember lalu.

“Kami menerima permohonan daripada sekolah itu pada September lalu dan kemudian menghan- tar pasukan memantau keadaan sekolah berkenaan,” katanya.

Lam Thye berkata, 3,380 set kerusi dan meja sudah disumbang kepada beberapa sekolah, malah pihaknya sudah membelanja­kan RM534,000 dalam penambahba­ikan fasiliti pendidikan di setiap sekolah memerlukan.

Bantu murid kurang mampu

Katanya, usaha itu sejajar Program Bantuan Sekolah (SAP) dalam membantu murid kurang berkemampu­an dan menambah baik kemudahan di sekolah.

“Buat masa ini, kami menghulurk­an bantuan kepada pelajar daripada 3,100 sekolah rendah dan sekolah menengah di Kuala Lumpur, Selangor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Sabah.

“Dengan peruntukan RM5 juta, SAP menyasarka­n untuk membantu pelajar dan ia merangkumi pemakanan pelajar di sekolah serta yuran sekolah dan tuisyen,” katanya.

 ?? [FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN /BH] ?? Lam Thye bersama sebahagian guru dan pelajar SJKC Chung Wah pada majlis majlis penyerahan kerusi dan meja di sekolah berkenaan di Jeram, kelmarin.
[FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN /BH] Lam Thye bersama sebahagian guru dan pelajar SJKC Chung Wah pada majlis majlis penyerahan kerusi dan meja di sekolah berkenaan di Jeram, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia