Berita Harian

Farid Kamil mengaku tidak bersalah

Dakwaan reka keterangan, buat laporan polis palsu

- Oleh Sarah Zulkifli

Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil yang menghadapi lima pertuduhan kes jenayah sebelum ini, sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan membuat laporan polis palsu.

Bagaimanap­un, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 37, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

Pelakon filem Lagenda Budak Setan dan drama Lafazkan Kalimah Cintamu itu dilihat tenang di dalam kandang tertuduh dan berkata: “Saya mengaku tidak bersalah”.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mereka keterangan palsu bersabit sebuah laporan polis dengan memasukkan maklumat palsu dan tidak benar yang mana laporan itu boleh digunakan dalam prosiding jenayah serta diambil pertimbang­an oleh pegawai polis yang menerima laporan terbabit.

Kesalahan itu didakwa dilakukan jam 5.54 petang pada 31 Januari lalu di Balai Polis Taman Tun Ismail, Kuala Lumpur.

Dakwaan kes itu dikemukaka­n mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun dan denda.

Terdahulu, Farid tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya jam 10 pagi ditemani adiknya, Fadzil Zahari dan kes itu disebut pada jam 11.30 pagi.

Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee kemudian menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin.

Peguam, Faizul Mohd Nasir yang mewakili Farid memohon mahkamah mengurangk­an jaminan atas alasan anak guamnya perlu menanggung isteri, dua anak serta ibu bapa yang sakit.

Mohon diberi kerjasama

Dalam prosiding sama, Faizul turut membangkit­kan beberapa perkara, termasuk memohon mahkamah menasihati pihak polis supaya memberikan kerjasama kepada pihaknya dan anak guamnya berhubung pertuduhan terhadap Farid.

“Contohnya, tarikh pertuduhan hari ini (semalam) hanya diketahui Farid melalui aplikasi Twitter. Bagaimana media boleh mengetahui perkara ini terlebih dulu dan disebabkan itu, anak guam yang berada di Pulau Langkawi terpaksa mengambil penerbanga­n kecemasan,” katanya.

 ?? [FOTO ASWADI ALIAS/BH] ?? Farid hadir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.
[FOTO ASWADI ALIAS/BH] Farid hadir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia