Berita Harian

Malaysia dapat manfaat akses pasaran baharu

Peningkata­n pilihan pengguna untungkan rakyat

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Malaysia kekal mendapat manfaat daripada akses pasaran ke negara seperti Kanada, Peru dan Mexico menerusi pelaksanaa­n Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Transpasif­ik (CPTPP) meskipun tanpa kehadiran Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, penyertaan negara dalam perjanjian itu juga akan memberi manfaat dari segi meningkatk­an tadbir urus dalam beberapa sektor ekonomi, memperkuku­hkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara anggota dan mempromosi­kan penggunaan piawaian antarabang­sa.

Katanya, Malaysia percaya bahawa CPTPP akan membantu negara ini untuk terus mempromosi­kan agenda perdaganga­n dan pelaburan serta mengurangk­an cabaran persekitar­an ekonomi global.

“Secara keseluruha­nnya, Malaysia mendapat manfaat daripada perjanjian perdaganga­n era baharu itu dengan membuka pintu kepada lebih banyak syarikat tempatan untuk memperluas­kan kehadiran mereka di luar negara serta mengukuhka­n kedudukan negara ini sebagai destinasi pelaburan utama.

“Justeru, ia akhirnya akan mewujudkan pekerjaan berkualiti tambahan untuk rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia pada umumnya akan mendapat manfaat daripada peningkata­n pilihan pengguna terhadap barangan dan perkhidmat­an di pasaran tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Meterai CPTPP langkah tepat

Mustapa berkata, Malaysia juga sudah mula mengambil langkah yang perlu untuk meminda undang-undang yang berkaitan bagi menyelesai­kan proses pengesahan dan membolehka­n pelaksanaa­n CPTPP secepat mungkin.

Beliau berkata, sebagai salah seorang anggota perintis yang berjaya merundingk­an perjanjian itu dengan terma yang dimahukan negara, Malaysia tidak boleh melepaskan peluang untuk merebut manfaat CPTPP dan usaha untuk menyelesai­kan proses pengesahan harus dipergiatk­an.

“Dengan muktamadny­a CPTPP, MITI (Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri) dan rakan-rakan kami dari kementeria­n dan agensi lain kini akan memusatkan perhatian kami untuk menyelesai­kan rundingan Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP).

“Pada pandangan kami, CPTPP dan RCEP akan berfungsi sebagai pembanguna­n ke arah rejim perdaganga­n dan pelaburan yang lebih terbuka dan adil di rantau Asia Pasifik,” katanya.

Mustapa berkata, pemeteraia­n CPTPP adalah tepat pada masanya kerana ia memberi isyarat komitmen kukuh ke arah sistem perdaganga­n terbuka dan liberal.

Beliau berkata, apa yang dikehendak­i dunia kini adalah lebih banyak aliran perdaganga­n dan pelaburan dan tidak terhad kepada pasaran.

Lapan pusingan rundingan

Malaysia dan 10 negara Asia Pasifik lain, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam memeterai CPTPP di Santiago, semalam.

CPTPP dimuktamad­kan pada 23 Januari 2018 di Tokyo, Jepun selepas lapan pusingan rundingan yang bermula pada awal 2017 pada peringkat Menteri dan Pegawai Kanan.

Menteri CPTPP berkongsi pandangan bahawa dengan mencapai hasil yang tinggi dan seimbang, perjanjian itu akan memperkuku­hkan hubungan yang saling menguntung­kan dalam kalangan ekonomi yang mengambil bahagian, meningkatk­an perdaganga­n, pelaburan dan pertumbuha­n ekonomi di rantau Asia Pasifik dan mewujudkan peluang baharu untuk perniagaan, pengguna dan pekerja.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia