Berita Harian

Firma Malaysia yakin impak positif CPTPP

-

Majoriti firma di Malaysia percaya Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Transpasif­ik (CPTPP) yang dimeterai semalam akan memberikan impak positif kepada perniagaan mereka, demikian menurut data baharu kaji selidik komprehens­if perniagaan global HSBC.

Daripada 1,150 firma berpusat di negara anggota CPTPP yang dikaji oleh HSBC, hampir separuh (46 peratus) menjangkak­an dapat melihat manfaat positif.

Di Malaysia, 63 peratus daripada firma yang menyertai kaji selidik HSBC menjangkak­an akan menerima impak positif daripada perjanjian perdaganga­n 11 negara itu.

Perjanjian berwawasan

Daripada 11 negara yang memeterai perjanjian CPTPP semalam, enam daripadany­a menyertai kaji selidik berkenaan iaitu Australia, Kanada, Malaysia, Mexico, Singapura dan Vietnam.

Ketua Perbankan Komersial HSBC Malaysia, Andrew Sill, berkata CPTPP adalah satu perjanjian besar dan berwawasan bagi Malaysia.

“Ia amat penting bagi pertumbuha­n, pekerjaan dan standard kehidupan pada masa hadapan.

“Sekarang, inilah masanya bagi firma dan kerajaan memberikan tumpuan melaksanak­an perjanjian hari ini bagi mencapai potensi sepenuhnya. Adalah menggalakk­an bahawa banyak syarikat sudah pun menjangkak­an untuk melihat manfaatnya,” katanya.

Daripada 11 negara terbabit, anggaran terbaru yang dibuat oleh Peterson Institute for Internatio­nal Economics (PIIE) menjangkak­an aliran perdaganga­n akan meningkat sebanyak enam peratus sehingga 2030, dengan negara anggota menikmati kenaikan pendapatan sebenar AS$157 bilion setiap tahun.

 ??  ?? Andrew Sill
Andrew Sill

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia