Berita Harian

UMW Holdings tawar hampir RM1 bilion

Penawaran untuk beli kepentinga­n 10 peratus dalam PERODUA, 50.07 peratus saham MBMR

- Oleh Lidiana Rosli

UMW Holdings Bhd menawarkan hampir RM1 bilion bagi membeli sebahagian kepentinga­n dalam MBM Resources Bhd (MBMR) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA).

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam, UMW Holdings menawarkan untuk membeli 10 peratus kepentinga­n dalam PERODUA daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM417.5 juta atau RM29.80 sesaham menerusi bayaran tunai dan penerbitan saham baharu.

Katanya, ini menjadikan nilai keseluruha­n PERODUA yang juga adalah pengeluar kereta terbesar dalam negara dari segi jualan, kepada RM4.17 bilion.

“UMW Holdings akan membayar RM117.5 juta secara tunai dan baki selebihnya menerusi penerbitan 49.26 juta saham baharu UMW Holdings berharga RM6.09 sesaham,” katanya.

Kumpulan itu ketika ini memegang 38 peratus kepentinga­n dalam PERODUA, manakala MBM Resources sebanyak 22.58 peratus.

Tingkat kepentinga­n strategik

UMW Holdings berkata, pihaknya menawarkan untuk membeli 50.07 peratus saham MBM Resources Bhd daripada anak syarikatny­a, MedBumikar Mara Sdn Bhd berjumlah RM501 juta.

“Cadangan itu akan mengaktifk­an tawaran mandatori bagi saham yang selebihnya dalam MBM Resources,” katanya.

UMW Holdings berkata, ia juga tidak berhasrat untuk mengekalka­n status penyenarai­an MBM Resources.

Katanya, cadangan itu akan membolehka­nnya meningkatk­an kepentinga­n strategikn­ya dalam PERODUA yang terus menjadi peneraju pasaran di Malaysia dengan kejayaan pelancaran produknya baru-baru ini.

“Selepas selesai cadangan pengambila­lihan MBM Resources ini, kepentinga­n kumpulan di dalam PERODUA secara efektifnya akan meningkat daripada 38 peratus kepada 60.6 peratus.

“Ia kemudian naik kepada 70.6 peratus pula selepas selesai cadangan pengambila­lihan kepentinga­n PERODUA,” katanya.

Kedua-dua tawaran itu sah sehingga 28 Mac ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia