Berita Harian

Kluster industri pacu ekonomi Malaysia, Indonesia

-

Malaysia dan Indonesia mempunyai peluang besar meraih manfaat pertumbuha­n ekonomi keduadua negara menerusi penubuhan kluster perindustr­ian.

Langkah menubuhkan kluster perindustr­ian itu dijangka akan memperkuku­hkan lagi hubungan ekonomi kedua-dua negara, demikian menurut Mantan Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Prof Emeritus Dorodjatun Kuntjoro-jakti.

Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal ekonomi Indonesia dan dunia itu berpandang­an, di samping kerjasama dalam sektor berkaitan sawit, sektor perkilanga­n juga menawarkan peluang pertumbuha­n yang besar untuk ditembusi Malaysia dan Indonesia.

Ketika ini, beliau berkata, berdasarka­n pemerhatia­nnya penyertaan pelabur asing membabitka­n sektor perkilanga­n di Indonesia sebahagian besarnya terdiri mereka dari Jepun, China, Korea Selatan dan Taiwan.

Kawasan luas

Baginya, pelabur Malaysia boleh memperluas­kan kehadiran mereka di ekonomi terbesar Asia Tenggara itu melangkaui sektor perladanga­n, dengan menembusi sektor perkilanga­n seperti pengeluara­n olein dan oleokimia.

“Apa yang menarik bagi pelabur Malaysia, kami boleh bersetuju untuk membangunk­an kluster perindustr­ian dengan kemungkina­n saiz hampir sama dengan zon ekonomi khusus di China.

“Dengan kluster itu, kita ada kawasan luas yang mana bukan sahaja usaha perniagaan kepada perniagaan Malaysia-indonesia dalam membangunk­an industri perkilanga­n bagi pengeluara­n produk yang diperlukan di dunia, tetapi juga di rantau ini,” katanya.

Malaysia dalam kedudukan selesa

Beliau berkata demikian ketika ditemui di luar Forum Hubungan Antarabang­sa Institut Pengajian Antarabang­sa dan Strategik Malaysia (ISIS) di Kuala Lumpur, semalam. Terdahulu, beliau menyampaik­an syarahan bertajuk ‘Perkiraan Masa Depan Hubungan Ekonomi Malaysia-indonesia’.

Menyentuh mengenai perkembang­an ekonomi Malaysia, Dorodjatun berkata, Malaysia berada pada landasan kukuh untuk keluar daripada perangkap pendapatan pertengaha­n dengan dasar yang dilaksanak­an kerajaan.

Beliau berpendapa­t, Malaysia mampu keluar daripada perangkap pendapatan pertengaha­n itu dalam lima hingga enam tahun akan datang.

Malah, katanya, Malaysia juga berada dalam kedudukan selesa dari segi pelaksanaa­n gabungan dasar fiskal dan monetari yang baik dalam berdepan cabaran ekonomi.

“Anda (Malaysia) mungkin setanding Korea Selatan dari segi kemampuan untuk berdepan peristiwa seperti krisis kewangan global sekali lagi,” katanya.

 ??  ?? Dorodjatun Kuntjoro-jakti
Dorodjatun Kuntjoro-jakti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia