Berita Harian

Rumah transit ringankan beban pasangan muda

Lokasi RT1M tumpu kawasan bandar besar

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Isu kenaikan harga rumah yang semakin di luar kemampuan rakyat tempatan sememangny­a mendapat perhatian daripada pihak berwajib. Menyedari akan kepentinga­n pemilikan rumah untuk penduduk yang tidak berkemampu­an, kerajaan mengambil langkah memperkena­lkan Program Rumah Transit 1Malaysia (RT1M).

Program ini dibuat bertujuan memberi kemudahan perumahan kepada pasangan muda yang berkahwin dan berusia 30 tahun ke bawah.

Pada masa ini, lokasi program ini lebih tertumpu kepada bandar besar bagi mengurangk­an beban kepada pasangan muda yang berpendapa­tan rendah atau mereka yang berkelayak­an.

RT1M dilaksanak­an menerusi konsep sewaan dengan jumlah yang ditetapkan mengikut lokasi rumah berkenaan.

Pemohon boleh menduduki rumah transit selama sekurangku­rangnya tiga tahun dan akan diberikan notis enam bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosonga­n rumah.

Pada masa ini, sebanyak dua blok merangkumi 632 unit rumah di PPR Pinggiran Bukit Jalil dijadikan projek perintis bagi program ini.

Rumah transit di ibu negara

Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, Pangsapuri Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Kampung Sungai Udang, Segambut bakal menjadi rumah transit pertama sepenuhnya di ibu negara apabila pembinaann­ya siap pada tahun hadapan.

Katanya, projek yang merangkumi 1,200 unit rumah itu dibina khusus bagi golongan belia dan pasangan muda baharu berkahwin secara sementara sebelum memiliki kediaman sendiri.

“Ia dibina dengan kos pembinaan sebanyak RM300 juta membabitka­n kawasan seluas 2.22 hektar.

“Projek berkenaan turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti dewan, surau, tempat letak kereta dan gelanggang futsal,” katanya.

Ringan beban belia

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata, walaupun konsep rumah transit ini bersifat penyelesai­an jangka pendek, namun ia diharapkan dapat meringanka­n beban golongan belia untuk membina kehidupan secara berperingk­at.

Tambahnya, proses pemilihan akan dibuat menerusi pendaftara­n yang bakal dibuka dalam masa terdekat dan proses saringan akan dilaksanak­an bagi memastikan hanya yang benar-benar layak dan memerlukan sahaja yang diberikan keutamaan.

“Pada masa sama, dua lagi rumah transit dengan konsep sama juga akan dibangunka­n di Kampung Kerinchi dan Bandar Tun Razak,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia