Berita Harian

Azira Bandar Bukit Raja dapat sambutan positif

Projek ketengah reka bentuk tropika moden kontempora­ri

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Azira, produk kediaman terbaru yang dilancarka­n Sime Darby Property di Bandar Bukit Raja, menerima sambutan positif daripada orang ramai dengan kadar pembelian melebihi 70 peratus yang dicatatkan barubaru ini.

Projek berkenaan merangkumi 111 unit rumah berangkai dua tingkat 20x75 dengan keluasan terbina dari 1,901 kaki persegi hingga 2,275 kaki persegi, didatangka­n dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik mandi.

Sebagai kesinambun­gan dan evolusi kediaman yang ada di Bandar Bukit Raja sebelum ini, Azira mengetenga­hkan reka bentuk tropika moden kontempora­ri yang menyediaka­n bukaan bersaiz besar dan ‘jendela gaya gambar’ yang luas bagi memberikan pemandanga­n yang menarik serta pengudaraa­n yang baik.

Projek berstatus pegangan bebas itu ditawarkan pada harga bermula daripada RM678,888 sebelum diskaun Bumiputera dan dijangka siap pada Januari 2020.

Rumah berkualiti tinggi, harga berpatutan

Ketua Pegawai Operasi Sime Darby Property, Datuk Wan Hashimi Albakri, berkata kadar ambilan yang menggalakk­an untuk Azira berjaya dicapai melalui pengekalan strategi syarikat yang menawarkan produk yang bertepatan pada masa, lokasi dan harga yang betul bagi memenuhi keperluan pembeli.

“Pelancaran kediaman di Bandar Bukit Raja sentiasa dinantinan­tikan oleh orang ramai, kerana perbandara­n ini menawarkan rumah berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan dan ketersambu­ngan yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan di Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor barubaru ini.

Projek Azira adalah pelancaran kediaman pertama di Bandar Bukit Raja yang menerapkan konsep ‘Prinsip Reka Bentuk Kediaman BBR’ yang memfokuska­n kepada empat nilai utama iaitu Pengudaraa­n Semulajadi, Pencahayaa­n Semulajadi, Harmoni dengan Alam Semulajadi dan Kediaman Berbilang Generasi.

Berdekatan taman bandar

Bandar Bukit Raja adalah satu daripada perbandara­n utama Sime Darby Property dan sebuah perbandara­n bersepadu dan mandiri di Klang.

Sejak dilancarka­n pada 2002, ia menjadi sebuah pembanguna­n kediaman yang sinonim dengan pertumbuha­n nilai, merangkumi 4,405 ekar dengan lebih dari 90 peratus kawasan tanah yang bakal dibangunka­n.

Selain itu, ada juga beberapa taman kecil yang disediakan di sekitar fasa pembanguna­n itu, memastikan kediaman terletak berhampira­n kawasan hijau untuk menggalakk­an gaya hidup yang aktif.

Ia juga terletak berdekatan taman bandar yang berkeluasa­n 125 hektar, dan disediakan pelbagai kemudahan, dengan hanya satu titik masuk dan keluar bagi tujuan keselamata­n.

Tawaran untuk memiliki kediaman berkenaan masih dibuka dan untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi wakil jualan Sime Darby Property melalui talian 0333617288 atau 1800 88 1118.

 ??  ??
 ??  ?? Projek Azira di Bandar Bukit Raja bermula daripada RM678,888.
Projek Azira di Bandar Bukit Raja bermula daripada RM678,888.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia