Berita Harian

Hael berpijak di bumi nyata

-

kejayaan yang dilakar pada kemuncak AJL 32 menjadi titik permulaan untuk mencari ruang lebih selesa, Hael berkata, pencapaian itu menjadi penanda aras baharu dalam kerjayanya. Baginya, tiada lagi masa untuk bermain-main, sebaliknya dia perlu terus serius jika mahu bertahan lama.

“Kejayaan itu sebenarnya membawa saya mengimbau perjalanan awal dalam industri muzik. Banyak yang saya lalui, malah ada di antaranya perit untuk diingati. Tetapi, pengalaman itu membentuk saya menjadi kuat dan bertahan untuk menggapai apa yang saya inginkan.

“Saya bersyukur kerana terlebih dulu melalui kesukaran. Tuhan mahu saya sentiasa beringat dan tidak lupa diri apabila berjaya. Saya belum mendaki puncak dan apa yang saya kecapi ini, hanya sebahagian kecil daripada perjalanan panjang itu.

“Banyak lagi yang menanti di depan dan saya perlu berani menyahut cabaran itu. Saya sentiasa berdoa diberikan Allah idea untuk berkarya dan memberikan yang terbaik kepada semua,” katanya yang kembali bekerja dengan Ezra Kong menghasilk­an lagu untuk Amira Othman dan Stacy.

Kagum ketabahan Nabila

Mengakui akrab dengan Nabila, Hael berkata, dia juga berbangga dengan pencapaian gadis itu. Merendah diri, akui Hael, jika bukan kerana tuah teman baiknya itu, tidak mungkin menjadi fenomena.

“Saya tahu, Nabila juga bekerja keras untuk berada pada tahap ini. Sama seperti saya, Nabila turut melalui laluan berliku untuk memahat nama. Saya kagum dengan semangatny­a yang tidak gentar untuk terus mencuba.

“Pernah dikritik teruk, Nabila tidak mudah mengalah berdepan situasi itu. Bukan calang-calang orang mampu melaluinya, terutama untuk penyanyi yang baru setahun jagung bertapak. Nabila tidak membiarkan dirinya tewas diuji.

“Apabila diterima dan namanya mula meniti di bibir peminat, bagi saya, ia berkat kerja kerasnya selama ini. Sudah tentu, saya mengharapk­an Nabila akan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” katanya.

Helena bawa sinar baharu

Beralih bicara mengenai peribadi, Hael atau nama lengkapnya,

Hal Husaini Razmi mengakui, kehadiran anak angkatnya,

Helena yang kini berusia sembilan bulan menjadi pemangkin untuk dia bekerja lebih gigih.

“Helena banyak memberi semangat dan melengkapi hidup saya. Dulu, hidup saya bagai tiada arah tuju. Pernah pada satu tahap, saya langsung tidak mempunyai wang dalam poket. Tetapi, apabila Helena hadir, saya belajar menjadi manusia yang lebih bertanggun­gjawab.

“Saya tidak lagi ambil mudah semua perkara. Alhamdulil­lah, sejak adanya Helena, saya menerima limpahan rezeki yang tidak diduga,” katanya.

Tampil dengan terbaru,

Hael berharap, judul lagu itu tidak disensasik­an oleh mana-mana pihak kerana ia tidak membawa konotasi buruk.

 ??  ?? Pematah Hati Haram, Pematah Hati single
Pematah Hati Haram, Pematah Hati single

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia