Berita Harian

Gelombang suara baharu

Selepas Anugerah Oscar 2018, Hollywood dahagakan karya berani merentas masa

- Susunan Zul Husni Abdul Hamid

Rzhusni@bh.com.my

entaknya tetap sama, malah di sebalik kemilauan nama besar yang menggayaka­n himpunan mewah dari rumah fesyen terkemuka, nadi Anugerah Oscar 2018 sudah dapat ditebak. Saban tahun, produksi yang diangkat sebagai pemenang Filem Terbaik membawa semangat dan momentum yang mewakili Hollywood.

Sebaik saja trofi terakhir itu diserahkan, ia menghadirk­an dua perasaan yang berbeza sama ada ia membuktika­n pengaruh kehebatan produksi yang dijulang sebagai pemenang atau mungkin mencetuska­n perdebatan berpanjang­an. Kejayaan

arahan Guillermo del

Toro membawa pulang empat trofi, termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik menterjema­hkan, anugerah yang memasuki tahun ke-90 itu tidak lagi berlegar kepada kualiti.

Ia sebaliknya, bagaimana Academy of Motion Picture Arts and Sciences selaku penganjur mahu dunia melihat Hollywood pada tahun itu. Ketika suara menuntut persamaan semakin lantang diluahkan, kemenangan dilihat berpihak kepada filem yang membawa tema penting dalam senario politik dan budaya di Amerika Syarikat.

Cetus kejutan

Tahun lalu, ketika Donald Trump membolosi Rumah Putih mengetepik­an pencabarny­a, Hillary Clinton yang menerima sokongan besar daripada penggiat seni Hollywood, produksi berbajet rendah, tanpa diduga diangkat sebagai Filem Terbaik.

Kemenangan filem arahan Barry Jenkins itu mengejutka­n ramai apabila menewaskan

mengangkat kehidupan berliku lelaki homoseksua­l berkulit hitam di Miami, Florida. Meskipun dianggap sebagai filem yang hebat, namun kemenangan­nya dinafikan kerana ia tidak menterjema­hkan objektif sebenar penganjur.

 ??  ?? Water The Shape of Ashley Judd, Annabella Sciorra dan Salma Hayek. Moonlight Land. Moonlight La La Land La La Guillermo del Toro Frances Mcdormand
Water The Shape of Ashley Judd, Annabella Sciorra dan Salma Hayek. Moonlight Land. Moonlight La La Land La La Guillermo del Toro Frances Mcdormand

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia