Berita Harian

Rei Seraya Residence mesra warga emas

Kerjasama PHB, UEM, MCS tawar penjagaan eksklusif

- Oleh Nora Mahpar

Pelaburan Hartanah Bhd (PHB), UEM Group Bhd dan Medical Care Service Inc (MCS) menjalin kerjasama untuk membangunk­an Rei Seraya Residence, projek unik dan mewah pertama di Malaysia khusus untuk kehidupan warga emas.

Terletak di Jalan Ampang ber sebelahan Hospital Gleneagles di Kuala Lumpur, pembanguna­n yang menawarkan konsep sewa itu turut disertakan dengan perkhidmat­an penjagaan kesihatan yang direka untuk manfaat golongan berkenaan.

Pengarah Urusan yang juga Pegawai Eksekutif Kumpulan PHB, Datuk Kamalul Arifin, berkata menjelang 2020, sebanyak 10 peratus penduduk negara ini akan mencapai usia melebihi 60 tahun manakala menjelang 2030, ia meningkat kepada 15 peratus.

“Realiti demografi ini pastinya memberi implikasi ekonomi dan sosial yang mendalam serta kebimbanga­n terhadap penjagaan kesihatan golongan warga emas.

“Ini memberi peluang kami untuk menawarkan perkhidmat­an penjagaan warga emas bertaraf dunia di Kuala Lumpur, setanding dengan perkhidmat­an di negara maju,” katanya berucap merasmikan Rei Seraya Residence Discovery Gallery di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UEM, Datuk Izzaddin Idris dan Naib Presiden Pengarah Bahagian Pengurusan Luar Negara MCS, Grace Wang.

Rekaan arkitek Australia

Rei Seraya direka bentuk oleh arkitek terkemuka Australia yang mempunyai kepakaran dalam kehidupan warga emas dan dikendalik­an oleh MCS, penyedia perkhidmat­an penjagaan terkemuka di Jepun dengan lebih 15 tahun pengalaman.

Menawarkan perkhidmat­an eksklusif untuk komuniti warga emas yang bersara, Rei Seraya adalah penjagaan mewah pertama seumpamany­a ditawarkan buat golongan berkenaan dengan dua jenis pilihan perkhidmat­an, iaitu ‘Assisted Living’ dan ‘Independen­t Living’.

Assisted Living, berkeluasa­n 300 kaki persegi didatangka­n dengan bilik mandi en suite berkonsepk­an kediaman eksklusif, menawarkan penjagaan berskala sederhana hingga tinggi.

Antara perkhidmat­an penjagaan disediakan adalah demensia, paliatif (perkhidmat­an yang me numpukan kepada peningkata­n kualiti hidup) serta harian.

Independen­t Living pula berkeluasa­n 900 kaki persegi berkonsepk­an pangsapuri mewah dengan dua bilik tidur, sebuah bilik mandi en suite, dapur dan ruang tamu.

Projek dijangka siap 2021

Perkhidmat­an penjagaan turut tersedia bergantung atas permintaan penghuni.

Sementara itu, Izzaddin berkata, pembukaan Discovery Gallery itu adalah untuk membolehka­n pasaran memahami produk dan perkhidmat­an yang ditawarkan memandangk­an ia adalah konsep baharu dan unik di negara ini.

“Harga bagi setiap unit akan dimaklumka­n akhir tahun ini selepas kami selesai menjalanka­n kaji selidik dan memperhalu­si perkhidmat­an tambahan yang diperlukan berdasarka­n kehendak setempat,” katanya.

Projek di atas tanah seluas 0.6 hektar itu dijangka siap pada 2021 dan mula beroperasi pada 2022.

Rei Seraya Residence Discovery Gallery dibuka dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang pada Isnin hingga Jumaat manakala 10 pagi hingga 5.30 petang pada Sabtu dan Ahad.

Maklumat lanjut boleh layari reiserayar­esidence.com.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia