Berita Harian

Banglo Pulau Tikus hartanah termahal RM14.5 juta

-

ipropertyi­q.com, syarikat penyedia perkhidmat­an penyelesai­an data besar kelolaan portal hartanah, iproperty.com, menyenarai­kan sebuah banglo Pulau Pinang sebagai hartanah kediaman termahal dijual di Malaysia tahun lalu.

Banglo berkenaan yang terletak di Jalan Utama, Pulau Tikus, kawasan kediaman kelas pertengaha­n atas di Pulau Pinang dijual pada harga RM14.5 juta.

iproperty.com dalam kenyataan berkata, senarai yang dikumpul portal hartanah itu berdasarka­n hasil jualan mengikut rekod Jabatan Perkhidmat­an dan Penilaian Hartanah (JPPH).

“Sebagai syurga makanan terkemuka, Pulau Tikus juga adalah kediaman kegemaran golongan ekspatriat dari China, Indonesia dan Thailand.

“Antara tempat tumpuan ramai di kawasan ini, termasuk Gereja Immaculate Conception dan pasar pagi Pulau Tikus. Harga penengah untuk setiap kaki persegi bagi banglo di Pulau Tikus ialah RM570,” katanya.

Antara termahal

Menurutnya, sembilan jualan hartanah kediaman termahal lain yang turut tersenarai adalah banglo di Jalan Bunga Hinai, Tanjung Tokong di Pulau Pinang pada RM13.6 juta; banglo di Bukit Tunku, di Kuala Lumpur (RM12.6 juta) dan kondominiu­m Serai Bukit Bandaraya, Bangsar (RM12.1 juta) serta banglo di Bukit Damansara (RM12 juta).

Selain itu, antara yang tersenarai adalah The Enclave Bangsar (RM12 juta) serta rumah bandar di One Menerung Bangsar (RM10 juta) dan kondominiu­m The Binjai On The Park, KLCC (RM9.9 juta). Selain itu, banglo di Masera Bukit Segar Cheras (RM9.8 juta) dan banglo di Casa Permai, Tanjung Tokong (RM9 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia